WOW!! A AIDA TIDAK BERHIJAB, LEBIH MENONJOL
Published byMALAM Kemuncak Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) pada Ahad, 9 Februari 2020 mengemukakan sejumlah kejutan yang membabitkan sejumlah artis. Dan salah satu kejutan diberi oleh Datuk A. Aida, 49, selaku penulis lirik bagi lagu ‘Kisah Cinta Kita’ dendangan Hafiz Shuib. : KitaReporters.com
A. Aida kelihatan berbeza daripada bentuk tubuh dan penampilan terdahulu. A. Aida kelihatan berhidung mancung dan tidak lagi memakai tudung.
Dalam satu temu bual sebuah akhbar, A.Aida mengakui telah berubah penampilan. Dia sudah tidak berhijab.
Dia memohon maaf kepada peminat dan doakan yang baik-baik untuknya, tanpa mahu mengulas lanjut mengenai perubahannya.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.
Ia adalah perkahwinan kali keempat bagi A. Aida.
A. Aida dan Ariff pada majlis akad nikah mereka. - Kredit foto: Beautifulnara
A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang yang lahir di Kemaman, Terengganu pada 20 April 1970 ini bermula sebagai pelakon, namun namanya mula diperkatakan dalam industri seni tanah air sejak penubuhan rumah produksi A. Aida Production pada 2013.
Sejak itu A. Aida Production menjadi sebuah rumah produksi yang disegani dengan mengeluarkan sejumlah drama dan drama rangkaian berkualiti di pelbagai stesen TV.
A. Aida seorang usahawan yang berjaya dan memiliki sejumlah syarikat dan terbabit dalam beberapa perniagaan.
Dia turut berbakat sebagai penulis skrip, penolong pengarah, juga mencipta beberapa melodi dan lirik lagu.
Akan datang bakal melangkah setapak lagi sebagai pengarah drama.
Dan peminat menanti kejutan A. Aida ibu tiga anak ini, adakah mungkin dia akan melangsungkan perkahwinan kali kelimanya?
A. Aida sentiasa bersenam di fitness centre untuk mengekalkan tubuh menariknya. - KitaReporters.com