WOW! LELAKI BERISI "LEBIH SEMPURNA" - WANITA

Published by
KitaReporters
Generasi hari ini kebanyakan amat menitik berat penjagaan badan, malah ada kaum Adam yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk ‘membina’ badan. Golongan itu bukan sahaja mahu kelihatan sihat dan cergas tapi tampil ‘bergaya’ dengan bentuk badan yang berotot dan tegap. Tapi.... : KitaReporter.com

Golongan wanita berpandangan lelaki yang berbadan comel mempunyai keyakinan lebih tinggi daripada lelaki sado. - Gambar hiasan


Tapi tahukah anda, wanita hari ini sebenarnya lebih berminat kepada lelaki yang berbadan besar berbandingkan lelaki yang berotot.

Terbaharu, satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat kecergasan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa lelaki berbadan gempal lebih menarik perhatian wanita berbanding lelaki yang berotot.

Kajian tersebut yang dijalankan oleh Planet Fitness dengan menjalankan soal selidik dalam talian yang melibatkan 2,000 orang responden wanita.

Keputusannya, sebanyak 70 peratus daripada jumlah responden berkenaan berpendapat bahawa lelaki yang memiliki berat badan 10 kilogram lebih daripada berat yang biasa adalah lebih menarik dan tergoda.

Majoriti kaum hawa yang menjadi responden mendedahkan mereka lebih selesa dengan lelaki comel berbanding yang sado.

Kajian terbaru yang dijalankan di Amerika Syarikat oleh sebuah syarikat kecergasan menunjukkan bahawa lelaki gemuk lebih menarik perhatian wanita berbanding lelaki yang berotot. - Gambar hiasan 


Situasi itu jelas menunjukkan bahawa keinginan golongan kaum Hawa untuk memiliki lelaki yang berotot telah berubah dan ketinggalan zaman.

Keadaan ini kerana sesetengah wanita hari ini bangga memiliki suami yang ‘memiliki perut’.

Selain itu, 78 peratus wanita berpendapat bahawa lelaki yang ‘comel’ mempunyai keyakinan yang lebih tinggi daripada lelaki yang sado.

Lebih menarik, kaum wanita juga berpandangan golongan lelaki yang berisi lebih suka melayan, romantik serta lebih penyayang dan lemah lembut.

Golongan wanita beranggapan lelaki yang comel mempunyai personaliti yang lebih lemah lembut dan penyayang. - Gambar hiasan


Malah, daripada hasil soal selidik berkenaan kira-kira 80 peratus daripada wanita juga bangga apabila berkahwin dengan golongan lelaki yang bersikap kebapaan berkenaan.

Sementara itu, Profesor Antropologi di Universiti Yale di Amerika Syarikat, Babis Cass pula berpendapat, lelaki comel biasanya lebih cenderung untuk membeli seluar yang lebih longgar berbanding dengan golongan sado yang hanya mementingkan gaya semata-mata.

Katanya, pemilihan seluar lebih besar itu akan mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk meningkatkan kesuburan.

Dalam masa sama, wanita pula tanpa sedar akan lebih cenderung untuk berfikir bahawa lelaki gemuk adalah seorang bapa yang baik menyebabkan kaum wanita akan lebih tertarik kepada lelaki seperti ini.

Namun, bagi lelaki yang bersaiz besar di luar sana jangan terlalu selesa kerana kesihatan dan kecergasan perlu dititik berat.. tidak kira gempal atau sado setiap manusia yang dilahirkan memiliki kelebihan dan tarikan tersendiri.

Pastikan akan ada si dia yang terpikat, yang penting ketulusan cinta yang dicurahkan. - KitaReporter.com

10
23
0
1
2

Copy Link: