KONGSI MINDA BERSIH JIWA: HATI ROSAK KERANA LIDAH

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. 

Kongsi minda bersih jiwa.

Gambar dari https://pixabay.com/id/ 


Renungan.

Lidah lebih tajam dari mata pedang

Lidah punca orang disakiti

Jangan biar hati rosak kerana lidah

Kita sebenarnya banyak melukakan atau menyakiti hati orang lain melalui pergaulan dan sebagainya sehinggakan orang terasa dilukai hati serta terguris perasaannya.

Tetapi kebanyakannya tanpa sedar. Kita terasa bila orang yang disakiti itu mula menjauhkan diri. Itupun kita masih ego. Kita rasa kita sahaja betul.

Orang yang sempurna iman tidak menyakiti hati orang lain, dan orang lain juga tidak akan menyakiti hatinya.

Di dalam kehidupan kita seharian, pasti kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan perangaI manusia. Kadang-kadang kerana marah, cemburu atau dendam.

Atau kadang-kadang kita tidak dapat lari daripada terpaksa menyakiti hati orang lain apabila hati kita disakiti. Sakitnya sangat dalam. Kita lepas geram pada orang. Ini tabiat buruk yang patut dikikis.

Luka melukai atau menyakiti hati orang lain, sebenarnya ada hubung kait dengan lidah dan mulut. Cara kita berkomunikasi juga main peranan.

Kata orang, lidah boleh menyakitkan hati manusia dan memutuskan sebuah silaturrahim. Benarkah kata kata itu?

Ramai orang menerima akibat kerana tidak mampu menjaga lidahnya. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa, kita yang terpaksa tanggung akibat daripada keterlanjuran cakap kita.

Tetapi ramai juga yang menjadi insan mulia kerana mampu mengawal lidah mereka daripada menyakitkan hati orang.

Orang yang beradab seperti ini mampu menjaga hatinya daripada rosak.

Ingatlah...

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Diberinya lidah dan mulut supaya tidak mengumpat, memfitnah, mengeji, menyakiti hati orang tetapi untuk tujuan kebaikan. Kita yang perlu fikir.

Berzikir, berdoa dan bercakap hal yang baik baik, ini yang Allah suka.

Lidah juga membentuk keperibadian seseorang manusia. Ia ibarat cermin yang akan bercerita tentang indahnya akhlak kita.

Akhlak orang beriman dan orang yang tidak beriman dapat dilihat daripada percakapannya. Mereka yang beriman akan bercakap perkara-perkara yang membawa kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain.

Sedangkan orang yang tidak beriman, tidak mampu mengawal lidahnya.

Berubahlah!

Jaga lidah, jaga kata. Akhlak cantik, peribadi mulia. Ini yang perlu dicari.

❤️🌹 Bila buat kerana Allah, semua akan jadi mudah. ❤️🌹

3
0
0
0
0

Copy Link: