AMMA!! PENGANTIN LARI DENGAN KEKASIH LAMA
Published byJIKA anda seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan, dan sebelum ini anda mempunyai seorang teman lelaki, pastikan bekas buah hati anda itu tidak hadir ke majlis pernikahan anda, apatah lagi untuk menjemputnya. Ini kerana dibimbangi anda akan berubah hati apabila melihat kekasih lama dan meninggalkan majlis pernikahan untuk bersama dengan jejaka tersebut. : KitaReporters
PEMANDANGAN di Bandar Hyderabad, ibu kota Tangelana, di selatan India. - Kredit foto: alamy.
Tetapi kemungkinannya perkara seperti ini tidak akan berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia, walau pun bakal pengantin dahulunya sudah ada buah hati.
Itu kisah lama. Tambahan lagi perbuatan seperti ini pasti akan memalukan keluarga.
Namun insiden seperti ini berlaku di India apabila seorang pengantin perempuan angkat kaki daripada majlis perkahwinannya.
Bagaikan sebuah kisah dalam filem, tetapi ia kisah benar. Dia meluru meninggalkan majlis apabila ternampak bekas kakasihnya di majlis itu.
GAMBAR HIASAN... SUASANA meriah pada sebuah majlis perkahwinan India. Pengantin dikelilingi oleh para pengapit jelita. - Kredit foto: eTN.travel
Memetik laporan News18.com, kejadian berlaku di kampung Charlapally, daerah Wanaparty dekat Hyderabad, Telangana.
Hyderabad ialah ibu negeri Telangana, sebuah negeri di selatan India. Hyderabad terkenal sebagai sebuah pusat industri teknologi.
Kejadian berlaku pada Jumaat 29 Februari 2020. Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut nama gadis berkenaan atau nama bekas teman lelakinya.
HYDERABAD, Telangana tempat di mana kejadian pengantin perempuan meninggalkan majlis perkahwinan di derah Wanaparty, apabila ternampak bekas kekasih lama pada majlis berkenaan. - Kredit foto: Google map.
Pada waktu kejadian, para jemputan dan pengantin lelaki serta perempuan sudah pun tiba ke tempat majlis perkahwinan diadakan.
Acara keagamaan juga sudah bermula apabila perkara yang tidak diduga berlaku.
Ketika majlis sedang berlangsung, dan pengantin lelaki bersedia untuk mengikat ‘mangalsutra’ (tali suci perkahwinan menurut kepercayaan agama Hindu), pengantin perempuan mengejutkan semua yang hadir dengan memberitahu dia tidak mahu berkahwin.
Dia lalu menghentikan acara keagamaan pertengahan jalan dan meninggalkan dewan parkahwinan, sekali gus mengejutkan semua yang hadir.
Saudara mara cuba menteramkan dan memintanya meneruskan acara perkahiwnan berkenaan.
Dia tidak peduli dengan pujukan tersebut dan terus meninggalkan dewan dengan mengulangi kata-kata tidak mahu berkahwin.
MAJLIS perkahwinan sepasang pengantin keturunan India. Pengantin lelaki mengikat 'mangalsutra' pada leher pengantin peremouan. - Kredit foto: myasia tatler.com
Kaum keluarga pengantin perempuan itu mendakwa dia nampak bekas teman lelakinya pada majlis itu yang menyebabkan dia terus lari meninggalkan majlis.
Salah seorang tetamu memberitahu, mereka yang hadir berusaha untuk menangkap lelaki berkenaan tetapi tidak dapat kerana dia sudah melarikan diri.
Justeru majlis yang sepatutnya merupakan hari kegembiraan bagi keluarga pengantin lelaki dan perempuan itu berakhir dengan kesedihan.
Pastinya juga ia amat memalukan, khususnya bagi keluarga pengantin perempuan. - KitaReporters.com