LAGU ‘7 Nasihat’  Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mencapai tontonan ke sejuta pada Isnin, 2 Mac 2020, tidak sampai sebulan ia dipaparkan dalam YouTube. Ia dimuat naik pada 20 Februari 2020. - KitaReporters

Beliau mengucap terima kasih atas sambutan hangat masyarakat terhadap lagu itu.

Lagu yang berpaksikan elemen muzik kemelayuan ini merupakan duet Siti bersama penyanyi rap Kmy Kmo dan Luca Sickta juga pencipta. 

Ia merupakan single  berentak hip hop kedua Siti selepas kali terakhir kali terakhir tampil bersama Too Phat, dalam single ‘Dua Dunia’ pada 2005.

Sebelum ini,  Siti meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila terdapat sesetengah pengguna media sosial tidak bertanggunjawab telah memuat naik video lagu ini tanpa kebenaran ke laman YouTube mereka tidak sampai  sehari lagu tersebut dilancarkan.

Ia membuatkan pihak Siti memberikan amaran kepada mereka yang berbuat demikian. 

Lagu ‘7 Nasihat’ dimuatnaikkan pada 20 Februari 2020, boleh didapati di semua pelantar digital termasuk Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music. 

Single ini juga ialah bingkisan awal untuk album studio Siti ke-18 yang dijadual akan dilancar pada 1 April 2020. - KitaReporters

Berikut adalah lirik lagu Tujuh Nasihat:

[Siti Nurhaliza]

  • Anak Pipit jangan tak dihirau
  • Gusar Esok ke sarang si rimau
  • Anak Didik harusnya dirisau
  • Gusar Esok engkau yang dipisau

[Siti Nurhaliza, (kmy kmo, luca sickta)]

  • Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
  • Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
  • Dulu Tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
  • Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)

[Siti Nurhaliza]

  • Nak Dilenturnya buluh biar dari rebungnya
  • Kelak Pasti mereka kan terjaga akhlaknya
  • Nak Dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnya
  • Susun Atur mereka sebelum kenal dunia

  • Habis Main di tanah
  • Sebelum Senja ke rumah
  • Takut Nanti tersalah
  • Bawa Pulang masalah

  • Tak Endah yang sekarang
  • Cakap Jangan sebarang
  • Elok Awal dilarang
  • Untuk Kau jadi orang

[Siti Nurhaliza, (kmy kmo, luca sickta)]

  • Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
  • Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
  • Dulu Tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
  • Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)

Rap

[luca sickta]

  • Yah 
  • Satu, Hendak berjaya mendada jangan
  • Pastikan, Jika malu bertanya sesat jalan
  • Biar Lapar sehari asalkan kenyang bertahun
  • Biar Berkerut dahi asahkan minda beralun

[kmy Kmo]

  • Kedua, Semua nasihat cam petua
  • Ketua Perlu jua,nak sihat sampai tua
  • Masuk Semua benua
  • Pelusuk Dalam luar
  • Hormat Tanpa bersua
  • Walau Darjah sempoa

[luca Sickta]

  • Yah
  • Tiga, Lain liga lain cara
  • Elak Geliga dalam rasa media masa
  • Dahulu Kerna lidah badankan binasa
  • Sekarang Kerna mata, jemari berbicara

[kmy Kmo]

  • Cara Bicara yang ke 4 semua telinga harus peka
  • Nenek Moyang yang nasihat majoriti ramai leka
  • Terlena, Dibuai mimpi dek dunia cereka
  • Hanyut Dihempas ombak tinggi gah lupa mereka

[luca Sickta]

  • Lima, Usah dikira kanan kiri
  • Cermin Untuk diri kerna hidup tiada siri
  • Kerna Hidup tiada sisi bila hati mula hitam
  • Lupakan Kisah silam, nilam usah disiram

[kmy Kmo]

  • Ku Siram yang ke-6 
  • Biar Mekar dalam hati
  • Ingati Putus urat dan tenaga urat besi
  • Korbannya Bukan calang tak hilang dimakan hari
  • Bajakan Jasa mereka dengan budi

[Siti Nurhaliza]

  • Anak Pipit jangan tak dihirau
  • Gusar Esok ke sarang si rimau
  • Anak Didik harusnya dirisau
  • Gusar Esok engkau yang dipisau

[Siti Nurhaliza, (kmy kmo, luca sickta)]

  • Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
  • Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
  • Haaa.. (dulu tahu waktu balik)
  • Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)

  • Hmmm.. (dulu tunggu turut balik)
  • Haaa.. (dulu diam sekarang celik)
  • Haaa.. (dulu tahu waktu balik)
  • Haaa.. (dulu diam sekarang cerdik)

0
1
0
0
0

Copy Link: