200J TONTONAN: ‘CINTA LUAR BIASA’ ADA "SIHIR"
Published byFIGURA dari Indonesia yang merupakan juara program realiti: Rising Star (2017), Andmesh Kamaleng berjaya meraih tiga anugerah sekali gus menerusi lagu ‘Cinta Luar Biasa’ yang menjadi viral sejak awal tahun 2019 sehingga sekarang. : KitaReporters
Andmesh Kaleng
Andmesh menerima kejutan tersebut pada malam anugerah Billboard Indonesia Music Awards 2020 yang berkolaborasi bersama RCTI pada 27 Februari 2020.
Anugerah tersebut dimenangi dalam kategori Top 100 Song Of The Year, Top Streaming Song Of The Year (Audio), dan Top Streaming Song Of The Year.
Menurutnya, dia merasakan dan mengakui lagu tersebut mempunyai "sihir" tersendiri yang cukup padu sehingga berjaya melonjakkan namanya dalam waktu singkat dan boleh dibanggakan.
"Ini adalah magik, ketika pada tahun 2018, saya bukanlah siapa-siapa namun selepas lagu ini dilancarkan… pada awal tahun 2019, ia semakin tular dan semakin menjadi luar biasa.
“Saya berharap dapat terus giat dalam berkarya. Kini saya lebih bersemangat, usia pun masih muda dan perjalanan karier masih panjang.
“Bersyukur juga dalam menghasilkan karya yang terbaik kita juga mempunyai team yang sangat luar biasa dan terus termotivasi,” katanya memetik satu laporan.
Dalam pada itu, sejak lagu tersebut diterbitkan, ia mendapat respons luar biasa daripada masyarakat hinggakan video muzik 'Cinta Luar Biasa' sudah ditonton hampir 200 juta tontonan dalam platform video, Youtube.
Kredit foto: https://www.instagram.com/andmeshkamaleng_/
Bukan itu sahaja, kejayaan lagu ‘Cinta Luar Biasa’ di dalam anugerah tersebut juga diikuti penerbitan beberapa single iaitu 'Hanya Rindu', 'Nyaman' dan 'Ku Mau Dia'.
Sementara itu, bagi Andmesh yang sudah tiga tahun menempa nama dalam industri muzik Indonesia, lagu 'Cinta Luar Biasa' itu ia dapat mengenal hati orang lain di sekeliling kerana bait-bait liriknya menyelami pelbagai perasaan.
"Ya... kerana banyak orang yang biasa jatuh cinta dengan orang yang luar biasa. Mereka juga tidak mempunyai apa-apa, cuma ada cinta dan hati yang setia. Dan saya yakin ramai yang merasa seperti itu.
“Saya percaya apabila sebuah lagu yang dibuat dengan kejujuran berdasarkan apa yang dialami dapat memberikan kesan mendalam kepada yang mendengarnya.
"Sebuah lagu kalau ceritanya kuat, nadanya manis, dinyanyikan daripada hati dan jika pernah mengalami pasti ramai yang menyukainya,” akhirinya. – KitaReporters