CANTIK!! BOLEH DAPAT DUIT BILA KITAR SEMULA
Published byMENJELANG tahun baharu ini pasti akan ada ‘operasi’ pembersihan di rumah sendiri, maklumlah mahu melangkah tahun baharu semestinya dengan persekitaran yang baru dan sihat. Tentu banyak ‘khazanah’ yang disimpan di dalam rumah dan ada sahaja yang merasakan sayang untuk dibuang, tapi dalam masa sama tidak membawa faedah sekadar menjadi tukun dirumah! : KitaReporter.com
ALAM Flora menerima barang-barang kitar semula yang boleh ditukar dengan wang tunai melalui 3R On Wheels dan Pusat Pembelian Barangan Kitar Semula yang berdekatan dengan anda.
Jika dikumpul barangan berkenaan pasti mempunyai nilai lagi jika dikitar semula.
Baru-baru ini, menerusi akaun Facebooknya, Alam Flora memberitahu ia menerima barang-barang kitar semula yang boleh ditukar dengan wang tunai melalui "3R On Wheels" dan Pusat Pembelian Barangan Kitar Semula yang berdekatan dengan anda.
Biarpun nilainya kecil, tetapi sekurang-kurang ia memberi pulangan daripada dibuang terus ke tong sampah!
Jom kita lihat apa yang boleh dikitar semula.
Terdapat 16 jenis barangan lama yang boleh kitar semula dan harganya adalah seperti berikut:
- Akhbar (RM0.25/kg)
- Majalah (RM0.25/kg)
- Kertas hitam dan putih (RM0.33/kg)
- Kotak (RM0.27/kg)
- Kertas campuran (RM0 .18/kg)
- Aluminum (RM2.50/kg)
- Tin (RM0.25/kg)
- Plastik (RM0.40/kg)
- Tetrapak (RM0.20/kg)
- Minyak masak yang sudah digunakan (RM1.10/kg)
- ‘CPU' (RM5.50/kg)
- ‘Monitor’ (RM4.50/kg)
- ‘Notebook/laptop’ (RM3.50/kg)
- ‘Server’ (RM15/kg)
- Mesin pencetak (RM3/kg)
- Televisyen (RM4/kg)
PUSAT 3R on Wheels Alam Flora akan membeli semula 16 jenis barang kitar semula terpilih.
Walau bagaimanapun, harga tidak kekal dan boleh berubah mengikut kadar pasaran, tetapi pastinya membawa pulangan kepada kita.
Pusat-pusat dan lori-lori 3R On Wheels Alam Flora akan membeli semula 16 jenis barang-barang kitar semula terpilih.
Pusat-Pusat Pembelian Barangan Kitar Semula boleh ditemui di Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur.
Apa lagi nak ditunggu, jom kita bersihkan persekitaran rumah. Bukan sahaja sedap mata memandang tetapi boleh juga mendapat pulangan yang baik. : KitaReporter.com