KONGSI MINDA BERSIH JIWA: JANGAN AMPU, JANGAN HINA

Published by
KitaReporters
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa

Renungan

Jangan jadi pengampu

Jangan menghina orang

Bersyukur lebih baik

Memuji secara berdepan itu mengampu namanya, menghina di khalayak ramai itu pula namanya mengeji, sebab itu pujian umpama racun, kejian pula adalah penawar.

Pernahkah kita dipuji?

Pernahkah kita dihina?

Setiap orang mesti ada cerita tentang dua perkara ini.

Kalau kita pernah dipuji jangan cepat merasa megah, belum tentu ikhlas pujian itu. Hati orang kita tak tahu. Boleh jadi ikhlas. Mungkin ada udang di sebalik batu.

Ada pujian bersebab.

Yang berapi-rapi pujiannya patut berhati-hati.

Mungkin untuk mendapat sesuatu atau menarik perhatian yang dipuji. Pujian ini kebanyakan tidak ikhlas. Maknanya memuji untuk kepentingan diri. Ini mengampu namanya.

Tidak dinafikan ada juga pujian yang ikhlas lahir dari hati. Bukan hanya di bibir. Sebagai manusia kita boleh tahu yang mana pujian ikhlas dan sebaliknya melalui kata-kata dan pandangan mata.

Belajar membaca hati manusia.

Begitu juga bila dikeji, belum tentu betul kisah sebenarnya. Jadi Jangan cepat rasa rendah diri. Berdoa dan bersabar. Lambat laun kebenaran akan terbongkar.

Pujian dan hinaan itu mainan manusia untuk merancakkan hidup... Menyedapkan cerita. Tanpa memikirkan perasaan orang, hati orang.

Bercakap itu mudah sebab itu ramai orang bercakap, tapi menghina itu lebih mudah bagi mereka yang tidak berakal dan cakap ikut sedap mulut sahaja.

Ingat...

Orang yang baik dilihat melalui perbuatannya, begitu juga orang yang suka berburuk sangka. Dalam hati kita tak tahu. 

Depan manis, belakang buat cerita. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Selagi kita bernama manusia, selama itu cerita baik dan buruk tidak akan berhenti. Malah menjadi adegan pentas lakonan yang sangat hebat. Pujian dan hinaan, pro dan kontra. Fikir sebelum buat.

Di tangan kita letaknya nokhtah. Hendak teruskan atau berhenti.

Jom berubah. Perbaiki diri, betulkan nawaitu. Jangan tunggu esok sedangkan kita boleh mulakan hari ini.

Berhenti memuji yang negatif

Berhenti menghina

BERSYUKUR LEBIH AFDAL.

🌹❤️ Ketika hati menjadi rapuh, Kembali lah kepada Allah... Dia akan tolong🌹❤️

0
0
0
0
0

Copy Link: