POTONG TULANG RUSUK, JADI 'JESSICA RABBIT'
Published byDEMI kecantikan diri dan mahu penampilan lebih baik, ada manusia yang sanggup membuat apa sahaja, termasuk menambak baik (atau sepatutnya menambah buruk) apa yang telah dicipta dengan sempurna oleh Allah. : KitaReporters.com
Pembedahan pertamanya dilakukan pada bulan Mac 2010 dan sejak itu, dia telah melakukan operasi sebanyak 20 kali.
Antaranya pembedahan pembesaran kedua-dua payudaranya, pengisian punggung, tiga pembedahan hidung, implan pipi, implan dahi, sedut lemak dan suntikan bibir.
Namun, yang paling mengejutkan dari semua pembedahan yang dilakukan oleh Christine adalah dia nekad memotong tulang rusuknya untuk membentuk tubuhnya supaya terlihat lebih cantik.
Pixee Fox mahu dilihat seperti karektor Jessica Rabbit dan Barbie. - Foto thesun.uk
Sementara itu, Pixee Fox, 26, juga ‘ketagihan’ melakukan pembedahan plastik. Tetapi alasannya berbeza dengan Christine.
Sebabnya Pixee ingin memiliki penampilan seperti karakter kartun bernama Jessica Rabbit dan Barbie yang memiliki pinggang super ramping.
Kerana obsesinya, Pixee Fox sudah melakukan 17 kali pembedahan. Ia termasuk membuang enam tulang rusuk, empat pembedahan kosmetik payudara dan sedut lemak.
Dengan pembedahan dan latihan yang keras, Pixee telah mampu mengecilkan ukuran tubuhnya daripada 30-24-34 kepada 38-16-39.
Pembedahan membuang tulang rusuk. - Foto https://melmagazine.com/
Walaupun kedua-dua mereka tidak saling mengenal, namun kedua-dua mereka memiliki kesamaan, iaitu memotong tulang rusuknya untuk mendapatkan ukuran pinggang terbaik.
Pertanyaannya, berbahayakah perkara ini? Adakah kesan daripada memotong tulang rusuk?
Pertama, pembedahan yang dilakukan Christine Sneider dan Pixee Fox berisiko tinggi. Sehingga tidak banyak pakar bedah plastik yang mahu memenuhi permintaan kedua-dua mereka.
Menurut Foxnews, tulang rusuk berfungsi sebagai pelindung banyak organ penting dalam tubuh. Tulang rusuk melindungi hati, buah pinggang, limpa, dan paru-paru.
Menghilangkan bahagian tubuh yang berfungsi sebagai pelindung dinilai tidak wajar dan tidak beretika. Ini kerana ia akan menyebabkan kerosakan organ-organ tersebut.
Sebagai contoh, umumnya prosedur potong tulang rusuk untuk membuat pinggang lebih ramping dilakukan dengan cara mengangkat tulang rusuk ke-12 dan ke-11, atau kadang-kadang sampai ke-10.
Tulang rusuk ke-11 dan ke-12 dikenal sebagai tulang rusuk 'mengambang'. Ertinya, mereka berfungsi hanya menutupi organ dari belakang, bukan dari depan.
Sementara tulang rusuk ke-10 berfungsi menutupi organ baik dari depan mahupun belakang.
Inilah yang menyebabkan mengapa beberapa pakar bedah merasa berbahaya mengangkat tulang rusuk ke-10.
Walau alasannya demi kecantikan, potong tulang rusuk atau pengangkatan tulang rusuk juga boleh membuat pesakit mengalami luka serius hingga cacat fizikal.
Selain itu, waktu pemulihannya sangat lama. Boleh sampai enam bulan dan pastinya akan ada bekas sayatan luka yang tersisa di tubuh pesakit. - KitaReporters.com