TUAH BERGANDA HAFIZ, TUAH PADA ISTERI, ANAK

Published by
KitaReporters
SELAIN pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga Anugerah Juara Lagu (AJL), kategori lain yang menjadi idaman penyanyi adalah kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik, yang masing-masing membawa wang tunai RM12,000. Dan penyanyi yang berjaya membolot kedua-dua hadiah sekali gus ialah Hafiz Suip, 30. : KitaReporters.com



Bagi Hafiz yang merupakan juara Akademi Fantasia Musim 5 (AF5), Astro Ria, kemenangan kali ini adalah kemenangan kali ketiga bagi kategori vokal terbaik dan kemenangan kali kedua bagi kategori persembahan terbaik.

Ini bermakna dia sudah lima kemenangan bagi dua kategori itu sepanjang AJL berlangsung.


Namun AJL kali ini cukup bermakna baginya. Ini kerana dia menang bagi kedua-dua kategori sekali gus.

Hafiz menganggap membawa isteri yang sedang menunggu hari untuk bersalin anak kedua ke AJL memberi tuah kepadanya.

Dalam temu bual dalam rancangan Wanita Hari Ini tengah hari tadi (Isnin, 10 Februari 2020) Hafiz berkata, ikut perancangaan asal dia membawa isterinya naik ke pentas, sesuai dengan lirik lagu ciptaan Datuk A. Aida itu.

Tetapi dia membatalkan hasrat itu takut sesuatu terjadi sesuatu terhadap isterinya.

Pihak penerbitan AJL mencadangkan dia yang turun berjumpa dengan isteri yang duduk di bawah.

Lalu Hafiz melakukan altenatif kedua itu. 

Selain menerima tepukan meriah penonton, ia turut memberi kemenangan berganda kepada Hafiz.

Ketika ditanya hos MHI, siapa persaingan ketatnya, Hafiz tanpa segan mengatakan Aina Abdul kerana dia sebagai penyanyi wanita mampu sampai ke ‘range’ rendah dengan baik. - KitaReporters.com

1
0
0
0
1

Copy Link: