ASTRO MAHU WANN MELANGKAH KE FINAL GV6?
Published bySALURAN Astro Ria sekali lagi melakukan kejutan dalam program Gegar Vaganza 6 (GV6) demi rating, yang ramai sifatkan sebagai tidak kena pada masanya. Begitulah anggapan sebahagian netizen atau warganet sehinggakan ramai yang meluahkan kekecewaan mereka melalui laman media soal seperti Twitter. : KitaReporters.com
WANN atau nama sebenar Wan Rashidah Meor Abdul Rashid.
Ini kerana kejutan demi kejutan dilakukan ketika pertandingan kian menuju ke peringkat final.
Kejutan yang dilakukan Astro Ria dipercayai sebagai mengejar rating, di mana GV merupakan salah satu rancangan yang mempunyai rating tinggi dan mampu meraih wang iklan yang banyak.
Dan bagi GV musim ke-6 ini, artis yang cuba disensasikan ialah Wann. Wann seperti tidak mahu disingkir dan dicuba untuk mengekalkannya.
Astro Ria melihat Wann mempunyai aura tersendiri, menyebabkan penyanyi berusia hampir 50 tahun yang kini tinggal di Singapura ini dipelawa oleh Astro untuk menyertai GV6.
Kini menjadi tanda tanya apa lagi kejutan yang bakal berlaku dalam GV6. Mungkinkah stesen Astro Ria mahu Wann tetap memasuki peringkat akhir?
Dari kiri: Naqiu Boboi, One Natin Emcess, Jatt Ali dan Hady Mirza
Peringkat akhir rasanya tetap enam peserta, tetapi bukan mustahil bagi Astro Ria melakukan lagi kejutan dengan menambah jumlah peserta peringkat akhir.
Namun rasanya peringkat akhir tetap mengekalkan 6 peserta. Empat yang kini sentiasa berada pada kedudukan empat teratas sukar untuk digugat ialah One Nation Emcees, Naqiu Boboi, Hady Miza dan Jatt.
Untuk tempat kelima dan keenam pula, empat penyanyi perlu bersaing iaitu Nurfatima, Norshila Amin, Sham Visa dan Wann.
Ini bererti dua penyanyi akan disingkir pada peringkat separuh akhir nanti. Dan dapat dijangka salah seorang dari tiga penyanyi wanita akan terkandas pada peringkat separuh akhir.
Selain Wann, salah seorang penyanyi yang disensasi ialah Sham Visa.
Ketika ini, sebahagian orang ramai melihat apa yang berlaku dalam GV6 sebagai pelik serta sumbang dan mereka muak dengan permainanan atau game GV6 apabila Wann yang sudah dua kali tersingkir terus terselamat.
Adakah akan ada lagi kejutan dilakukan oleh Astro dalam peringkat separuh akhir GV6 Ahad ini? Apakah kejutan GV6 seterusnya? - KitaReporters.com