DATANG KE JOLOBU JIKA NAK CABARAN BERKAYAK
Published byAnda minat berkayak dan sudah lama tak mendayung? Untuk anda semua, Jelebu Kayak Eko Challenge (JKEC) 2019 kembali menemui para peminat kayak pada Sabtu (14/12/2019) ini. : KitaReporters.com
Para peserta Jelebu Kayak Eko Challenge (JKEC) bersiap sedia memulakan kayuhan dalam pelumbaan tahun lalu di Dataran Kampung Poum, Jelebu.
JKEC 2019 yang masuk tahun ke-14 tampil menguji mental dan fizikal para peserta kali ini yang sukakan aktiviti lasak.
Aktiviti kayak arus deras merupakan antara cabang disiplin dalam sukan kayak yang 'extreme' dan sering kali dijalankan oleh penggiat-penggiat yang benar-benar mahir dalam mengendalikannya.
Malah di Jelebu, produk pelancongan sukan yang berasaskan aktiviti kayak arus deras merupakan cabaran yang popular di daerah ini.
Perlumbaan sejauh 30 kilometer itu bermula di Dataran Kampung Puom, Jelebu dan tamat di Dataran Kenaboi Empangan Sungai Buloh, Jelebu.
Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Nurul Huda Musa berkata, sebanyak dua kategori acara dipertandingkan iaitu terbuka dan institusi pengajian tinggi (IPT).
JKEC bermatlamat menjadikan sukan berasaskan cabaran di daerah Jelebu ini kaya dan terkenal dengan produk-produk pelancongan rekreasi berasaskan cabaran.
Maka tidak hairanlah, Jelebu sering kali menjadi pilihan penggiat-penggiat yang berkecimpung di dalam aktiviti sukan air ini.
Para peserta Jelebu Kayak Eko Challenge (JKEC) memulakan kayuhan dalam pelumbaan tahun lalu di Dataran Kampung Puom, Jelebu.
Katanya, kategori terbuka menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada juara, RM2,000 (naib juara) dan RM1,200 (tempat ketiga.
"Pemenang kategori IPT akan membawa pulang wang tunai RM2,000, RM1,400 (tempat kedua) dan RM1,000 (tempat ketiga).
"Semua peserta juga layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai RM5,000," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Menurutnya, pertandingan itu turut dimeriahkan dengan acara sampingan seperti Explorace Jelebu, karaoke terbuka dan persembahan khas oleh penyanyi dangdut, Shikin.
"Pentingnya inilah waktu terbaik orang ramai turut hadir dan sukakan kedamaian alam sambil mengisi masa dengan pelbagai aktiviti menarik.
"Mereka boleh mengunjungi Taman Negeri Kenaboi, Jeram Toi, menginap di Jelebu dan banyak lagi produk pelancongan yang menampilkan konsep ekopelancongan," katanya lagi. - KitaReporters.com