RENTAS DESA: AYAH TOLAK MOTOR, ANAK BERLARI

Published by
KitaReporters
KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sebagai seorang anak jarang kita melihat seorang ayah menyatakan kasihnya kepada kita secara langsung. Kasih sayang mereka curahkan adalah melalui perbuatan dan memastikan segala kelengkapan penghidupan kita cukup dan sempurna. : KitaReporters.com


Walau sesusah mana seorang ayah akan tetap memastikan kesempurnaan buat anak-anak mereka.

Satu perkongsian menarik yang dirakam oleh seorang guru, Fazly Hafiz Yahaya (https://www.facebook.com/fazly.hafiz) sebelum dimuat naik ke Facebook menjadi tular dalam laman sosial.

Seorang ayah turun dari motor dan berlari bersama anaknya untuk memberikan kata-kata semangat ketika berangsungnya Kejohanan Merentas Desa SK Seberang Ramai, Kuala Perlis di Perlis baru-baru ini.

Foto FB Fazly Hafiz Yahaya


Pada akhirnya, anak beranak ini bersama-sama sampai ke garisan penamat. Dengan berbekalkan kata-kata semangat daripada seorang ayah beliau berjaya menamatkan lariannya.

Ikuti kisah yang dikongsikan oleh guru tersebut : 

Definisi Kasihnya Seorang Ayah

"Pada hari-hari terakhir persiapan Kejohanan Merentas Desa SK Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Track merentas desa ini bukanlah utk murid tahap satu, namun demi mencabar diri, murid tahun tiga ini cuba sedaya upaya menghabiskan lariannya. 

"Dia kelihatan yakin dgn keupayaannya. Melangkah setapak demi setapak. 

Foto FB Fazly Hafiz Yahaya


"Dia pula ayah yang mengikut dari belakang dan tanpa ada rasa jemu memberi kata-kata semangat buat si anak.

Tiba masa, demi memastikan anak tidak berputus asa, dihentikannya motor dan mula menuntun motornya seiring dgn larian anak. 

"Larian bersama yg dipenuhi dengan rasa gembira demi menyelesaikan misi bersama iaitu melepasi garisan penamat.

Foto FB Fazly Hafiz Yahaya


"Ini larian yg nyata tidak ambil peduli perihal menang atau kalah. Hanya larian pengikat kasih antara seorang ayah dan anak."

Itu adalah perkongsian guru tersebut yang tular di media sosial.  

Foto FB Fazly Hafiz Yahaya


Foto FB Fazly Hafiz Yahaya


Tiba-tiba pula teringat bait-bait lirik lagu dari Aris Ariwatan yang bertajuk 1234 yang menggambarkan kasih seorang ayah.

"Tiga.. lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah

Empat.. mudah kau ketemu

Berhati selalu beza antara

Kasih dan kekasih"

"Ibu, ku ingat dahulu

Menyisir rambuku, kemas selalu

Ayah, menghantar ke sekolah

Bergunalah ilmu bila dewasa."

Jangan lupa like dan share KitaReporters. - KitaReporters.com


6
0
0
0
0

Copy Link: