JIKA anda berkunjung ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu di Terengganu, tidak sempurna tanpa menjejakkan kaki ke Santuari Kelah Lubuk Kejor di Sungai Petang kerana tempat ini memberi satu kepuasan untuk pengunjung gembira dan seronok apabila dapat bermain dan berjinak dengan ikan kelah. : KitaReporters

Pengunjung teruja dapat bermain dan berjinak jinak dengan ikan kelah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu di Terengganu.


Pusat santuari ini antara lokasi wajib kunjung ke tasik buatan manusia kerana antara destinasi menarik menempatkan ratusan ribu ikan kelah liar.

Sepanjang perjalanan ke tempat itu dengan menaiki bot laju kira-kira sejam dari jeti Pengkalan Gawi atau hentian Air Terjun Sungai Lasir, pengunjung disajikan dengan panorama indah air tasik yang hijau, berlatarbelakangkan pemandangan bukit serta gunung tenang lagi mendamaikan.

Berikutan kelah spesis haiwan dilindungi, pengunjung terlebih dulu diwajibkan singgah ke Pusat Kawalan Santuari Kelah untuk mendengar taklimat oleh Pegawai Taman Negara.

Menuju ke lubuk dataran kelah yang menempatkan ribuan ikan kelah hitam dan hijau, pengunjung perlu merentasi laluan batu dan jambatan gantung yang dibina pada 2013.

Walaupun agak jauh, perjalanan selama 45 minit atau sejauh 2.2 kilometer,ia tidak membosankan kerana didendangkan dengan pelbagai bunyi haiwan liar seperti rusa, burung, kijang, cengkerik, unggas dan tikus.

Ekspedidi Mesra Rimba yang disertai 30 peserta dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, pada Sabtu, 7 Mac 2020, sememangnya menyeronokkan dan satu pengalaman menarik kepada semua peserta.

Setiausaha KRT Bandar Jertih, Muhamad Hanif Mustafa berkata, program yang julung dikali diadakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta menghayati kehidupan spesies ikan kelah yang jarang terdapat di tempat lain di negara ini.

Santuari Kelah di Tasik Kenyir sentiasa dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara


Sebaik tiba di lubuk dataran kelah, perasaan itu pada awalnya tidak dapat diungkapkan. 

Bukan seorang yang gemar aktiviti lasak dan mencabar, tetapi memikirkan peluang yang datang bukan selalu tambah pula penat selepas merentasi perjalanan selama hampir 20 minit melalui jalan pintas.

Peserta berkumpulan diberikan masa kira-kira 30 minit untuk satu sesi lawatan, Peserta seronok bergelak ketawa kerana dapat mandi manda dan bermain bersama ribuan ikan kelah sambil memberi makan.

Bagi mereka yang pertama kali menjejak kaki ke santuari itu, ada yang menjerit-jerit ketakutan dan perasaan geli apabila dikerumini ratusan ikan sambil menunggu diberikan makanan.

Disebabkan ikan kelah spesies terpelihara, KETENGAH menetapkan 200 pelawat sehari atau 50 pelawat untuk tempoh 30 minit saja. 

"Kita perlu mengehadkan kunjungan untuk keselamatan pelancong," kata Pegawai Taman Negara dalam taklimatnya.

Peserta ekspedisi rimba dari KRT Bandar Jertih berjalan kaki menuju Santauri Kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir


Bagaimanapun pada bulan November hingga Februari, lokasi ini ditutup kepada pelancong kerana ketika itu musim ikan kelah bertelur, tambah pula Terengganu mengalami musim tengkujuh.

Ikan kelah hanya hidup di air sungai yang bersih serta berenang melawan arus, maka ikan kelah perlu dijaga dengan rapi. 

Pengunjung yang berada di Kelah Santuari dilarang memberikan makanan lain selain palet khas yang boleh dibeli di kedai yang disediakan.

Merendam kaki ke dalam air yang dikerumuni ikan kelah


Ikan kelah yang sedap dimakan mempunyai nilai pasaran harga sehingga RM500 seekor kerana mempunyai banyak khasiat.

Ia juga sajian ikan air tawar paling mahal selain dikatakan mengandungi kolagen. 

Biarpun banyak tulang tetapi ia mudah ditarik, selain antara sajian paling sedap dengan tekstur lembut, malah sisiknya juga boleh dimakan.

Tempat itu, bagaimanapun, diwartakan sebagai kawasan larangan memancing untuk perlindungan,pemuliharaan dan pembiakan ikan air tawar.

Malah, pengunjung juga dilarang menangkap dan membawa pulang sepsies ikan berkenaan ketika bermain dan berjinak-jinak dengan ikan di situ. - KitaReporters


4
2
0
0
0

Copy Link: