BEST!! TERJUN SELUT, BERKUBANG TANGKAP IKAN
Published by"BESTNYA dapat berkubang dalam selut... berlemoih habis! Lagi seronok berjaya pulak tangkap ikan! Mak tak marah ke?" Bermain di kawasan sawah padi pastinya meninggalkan kenangan paling manis kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama bagi yang pertama kali dapat berbuat demikian. : KitaReporters.com
Keseronokan berkubang dalam sawah padi yang penuh selut, berkejaran sambil menangkap ikan, jatuh dan berguling bersekali dengan pakaian yang sudah 'tiada rupa' tidak lagi dihiraukan.
Bak kata kata orang.. selut dan lumpur berpisah tiada! Baju dan seluar bertukar warna pun dah tak kisah. Janji bahagia!!
Apa yang penting, mereka dapat melakukan sesuatu yang baharu yang tidak pernah dibuat sebelumnya.
Pastinya perasaan geli, kotor terbit dalam hati, tetapi kalau tidak dicuba mana nak dapat pengalaman.
Lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak pernah melihat sawah padi!
Pastinya nak tahu bagaimana keadaan sebenar di sawah padi. Dan apa yang terjadi kalau masuk dalam kawasan tanaman padi.
Masing-masing berusaha menangkap ikan dalam selut di sawah padi ketika mengikuti kem kepimpinan pengawas
Itulah yang dirasai oleh 117 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut ketika menyertai Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah di kawasan sawah ladi di Kampung Gintong, Jerantut, Pahang baru-baru ini.
“Saya bangun awal hari ini untuk menyertai program ini dan tidak sabar terjun ke dalam sawah padi bersama peserta lain sebaik saja guru memberi kebenaran.
“Lima minit pertama sukar menangkap ikan kerana peserta masih gembira dan teruja dapat ‘berkubang’ dalam selut, pengalaman yang tidak pernah difikirkan sebelum ini," katanya.
Muhamad Naqib Najmuddin Zainol, 12, pula berkata, dia tidak pernah bermain di kawasan sawah padi sebaliknya hanya melihat dari jauh sahaja.
"Pada mulanya saya takut, tetapi tidak lama kemudian jadi seronok pula kerana saya tidak pernah bermain kotor dan kawasan berlumpur seperti ini.
"Walaupun badan dipenuhi selut dan lumpur, malah nampak mata sahaja tetapi ia begitu seronok dan pengalaman yang tidak dapat saya dilupakan," katanya.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah berkenaan, Ahmad Rezuan Mohamed Udin berkata,
murid sekarang tidak dapat lagi menikmati suasana itu dan pengalaman pertama ini sudah pasti begitu menyeronokkan mereka.
'Selain menangkap ikan dalam sawah, mereka juga berkesempatan mandi dalam tali air dan makan ikan yang
ditangkap sendiri.
“Kita hendak eratkan hubungan antara murid secara tidak langsung serta mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan ketika melakukan aktiviti berkenaan.
"Wajah keriangan dan gelagat lucu mereka sangat jelas terbayang.
"Sambil tersenyum lebar, mereka menunjukkan beberapa ekor ikan yang berjaya ditangkap," katanya. - Kitareporters.com