"PEMINAT JDT pada Rabu, 4 Mac 2020 digemparkan dengan luahan hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kecewa dengan kemerosotan prestasi penyerang utama Harimau Selatan, Safawi Rasid, yang dikaitkan berpunca daripada teman wanitanya, Syifa Melvin.  Bagaimanapun, Syifa menafikan semua dakwaan terhadapnya. : KitaReporters.com


 


Menurut Syifa atau nama penuhnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, dia tidak pernah minta satu sen pun daripada Safawi.

"Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!!

"Demi Allah!! Allah Maha Adil," tulisnya dalam posting dalam Instagramnya (https://www.instagram.com/syifamelvin/).

Katanya, bukan dia punca Safawi hilang taring dalam tiga aksi kompetitif skuad Harimau Selatan setakat ini.

Syifa juga mendakwa tidak pernah memaksa Safawi menikahinya, yang dikatakan punca mengapa Safawi rasa tertekan.

Menerusi Insta Story instagram miliknya Syifa seolah merujuk kepada situasi yang dihadapinya dengan menceritakan bagaimana dia mula berniaga memilik produk sendiri serta kata-kata semangat untuk diri sendiri.

Berikut penjelasan Syifa dalam Instagram miliknya Syifa petang Rabu, 4 Mac 2020.


"I didnt open my mouth since benda ni tular and i tak tau macam mana dorang press ni dapat cerita since ramai yang menghentam let me spill the tea.

"I ve been working my ass off cari duit sendiri. Tidur tak cukup apatah lagi rehat xcukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri, tak pernah sekali mintak duit 'Dia' untuk sara hidup... Dia pun kenal Syifa macam mana.

"Part paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu.

"Dia tak perform atas padang takde kena mengena dengan soal personal, sekalipun Syifa x pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan...taktau pulak boleh jadi besar macam ni.

"Terima kasih kepada yang komen, maki, hina atau puji.

"Syifa doakan korang jgn melatah dgn apa yg korang baca, yg melalui dan rasai hanya kami berdua...semoga semua dlm lindungan Allah SWT."

Sementara itu, TMJ sebelum ini memuat naik paparan skrin dalam akaun Instagram miliknya yang dipercayai perbualannya dengan Safawi, menerusi perbualan itu Safawi mendakwa tekanan kerana dipaksa kekasih untuk kahwin punca dia merosot di padang.

Susulan itu, TMJ dikatakan sound kekasih Safawi agar tidak kemaruk untuk berkahwin sehingga jejas prestasi.

Mesejnya menerusi instagram berbunyi :

"Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh Boyfriend kahwin pasal takut terlepas. Boyfriend kaya, popular. Satu keluarga kemaruk cari laki kaya dari dulu. Patut makin hancur performance budak ni. Kepala dah takda dalam padang.

"Well no one is bigger than the club. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena pressure setiap hari dipaksa kahwin. All the best. Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s...l."

Dalam pada itu, Syifa menjawab dengan menulis :

"Kalau betul kita ni golddigger ... tak wujud la @kekasih_hq .. tak payah la susah payah buat bisnes hadap jatuh bangun dunia bisnes... tapi kita buat @kekasih_hq utk masa depan anak2 kita, utk tolong org lain kat luar .... 

"Kita sendiri yg berdiri utk anak2, mak ayah kita, hanya kita yg tau joyah .... ditipu org sana sini, belajar ilmu bisnes merata2 utk masa depan kita sendiri... 

"Biarlah org lain bercakap, hanya kita yg tahu kisah sebenar .... semoga Allah lembutkan hati semua yg terlibat dlm kisah ni ... mesti ada hikmah." 

Sementara itu pelbagai netizen memberi reaksi berbeza seperti menyokong dan mendoakan yang baik-baik buat Syifa dan ada juga mendakwa Syifa mengalami masalah perhubungan dengan lelaki bukan sahaja Safawi tetapi lelaki-lelaki sebelum ini.

Tidak dapat dipastikan siapa kekasih selebriti yang dimaksudkan tetapi kita sebagai penerima berita berkenaan berdoalah agar mereka boleh menyelesaikan masalah itu dengan baik dan Safawi mampu buktikan menerusi persembahannya lebih baik dalam aksi akan datang. - KitaReporters

2
0
0
1
0

Copy Link: