UNTUK MAJU, USAH TAKUT TUKAR TEMPAT KERJA
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda bersih jiwa. : KitaReporters.com
Menulis Dari Jiwa... Renungan.
Jika Allah izinkan pasti jadi. Yang terbaik selalu lambat. Banyak bersabar, usaha terus
Kadangkala kita dah usaha. Tapi masih tiada cahaya. Sedang orang lain tak buat apa. Rezeki mencanap bagai nak gila. Tapi takpa, redha, itu hak mereka
Jom kita hayati perkongsian hari ini yang dikongsi oleh Warda.
Luahan rasa tentang politik di tempat kerja. Nampak remeh tapi impaknya sangat besar pada prestasi pekerja.
Kata Warda di tempat kerjanya pelik sikit. Yang tak buat kerja dapat pujian. Yang buat kerja makin terbeban. Yang tak buat kerja mesra dilayan. Yang buat kerja buat tak perasaan
Itulah dunia, kata Warda.
Masih ada keadaan macam itu. Tak profesional langsung. Lama dah bersabar. Kita kerja mati-matian kerana Allah Orang lain main-main...
Tapi rezeki mereka melimpah. Naik gaji dapat anugerah. Kita melihat mata pun merah. Tapi kita berbaik sangka. Istigfar, itu rezeki mereka
Akhirnya nekad berhenti, cuba rezeki di tempat lain.
Alhamdulillah. Lebih dihargai, dihormati kerana kerja. Bukan sebab rupa atau gaya tapi usaha dan upaya. Cabaran itu pengalaman. Walau pahit, banyak pengajaran.
Kadang-kadang kita berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.
Tapi Allah Maha Adil. Dia buka jalan. Kita yang kena fikir, Apa yang baik untuk masa hadapan dalam mencari kejayaan dan bahagia dunia dan akhirat.
Yakinlah setiap kesusahan akan berakhir dengan kesenangan.
Iktibar dari kisah ini
Selalu positif. Jangan panik. Jangan bersedih. Fikir dan bertindak. Rezeki Allah meluas. Ada di mana-mana.
Kita yang perlu usaha lebih.
Usah kira politik pejabat. Buat kerja kita dengan ikhlas. Pilih kasih di manapun ada. Kita yang mencorak hidup kita, kerja kita.
Buat kerana manusia, jadi binasa. Buat kerana Allah pasti barokah.
Tahniah Warda. Tindakan anda terbaik. Bijak dan berani. Syabas, semoga terus dimurahkan rezeki, berjaya hidup dunia akhirat.
❤️🌹 Silapnya manusia kerana terlalu menghargai permata sampai terlupa pentingnya kaca, ❤️🌹 - KitaReporters.com