TERBAIK!! MANGSA KEBAKARAN AUSSIE DIBANTU
Published byMUSIBAH atau bencana selalu menjadi elemen penting dalam penyatuan masyarakat, baik pada peringkat setempat atau yang lebih besar, sebuah negara. Kebakaran di Australia baru-baru ini, menggerakkan sekumpulan penduduk Islam dan masyarakat Sikh di negara tersebut tampil memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa musibah berkenaan. : KitaReporters.com
Sukarelawan AIC saat menyajikan makanan, termasuk BBQ, bagi para pemadam kebakaran dan mangsa. - Foto Facebook Australian Islamic Centre
Sejumlah komuniti minoritI, termasuk sekumpulan Muslim di Melbourne mengunjungi mangsa kebakaran hutan Australia dengan memberikan bantuan barangan dan menyajikan makanan.
Sukarelawan dari masjid Australian Islamic Centre (AIC) di kawasan Newport dalam waktu singkat berjaya mengumpulkan sejumlah makanan dan wang untuk mangsa kebakaran.
Semuanya bermula dari laporan yang dilihat di sejumlah media soal teruknya kebakaran di negeri Victoria, yang hingga mencapai East Gippsland.
"Kami kemudian menghubungi Melbourne Fire Brigade (MFB) dan bertanya apa yang boleh kami bantu," kata Lookman El Kurdi dari AIC.
Setelah dijelaskan dengan keadaan ketika itu, AIC langsung mengundang komuniti Melbourne untuk memberikan sumbangan keperluan hidup asas seperti air minum, lampin dan sebagainya.
Seramai 40 sukarelawan kemudian berangkat ke kawasan Johnsonville, di mana mereka membuat BBQ untuk dinikmati lebih daripada 100 pemadam kebakaran, serta penduduk setempat.
Selesai menikmati daging bakar, petugas pemadam kebakaran dari MFB lalu membawa sukarelawan membahagi-bahagikan sumbangan ke tempat yang berbeza-beza.
"Benar-benar sangat sedih melihatnya, ada antara kami yang menangis melihat orang kehilangan tempat tinggalnya," kata Lookman.
Di Bairnsdale, tidak jauh dari Johnsonville, sekumpulan sukarelawan dari komuniti agama Sikh dari India pula melakukan perkara yang sama, dengan menyajikan makanan segar bagi para mangsa dan pemadam kebakaran.
"Saat ke sini, kita sedar bahawa bukan hanya makanan, tetapi mereka juga perlu sokongan moral," kata Jafwinder Singh dari Sikh Volunteers Australia.
"Kita melihat banyak antara mereka yang kehilangan harta benda, haiwan ternak, sehingga yang diperlukan adalah pemberian keselesaan," katanya kepada ABC.
Sehari setelah Tahun Baharu 2020, ketika Premier Daniel Andrews, pemimpin negeri Victoria, mengunjungi Bairnsdale, dia sempat bertemu dengan sukarelawan Sikh.
Komuniti Sikh mengatakan mereka menyajikan makanan segar dari dapur yang ada di Bairnsdale dan mereka berada di sana hingga hujung minggu lalu (5/1/2020) apabila situasi kembali normal.
Andrews telah mengajak warga yang ingin menyumbang untuk tidak lagi memberikan makanan atau pakaian.
Dia justeru meminta agar warga lebih memilih menyumbangkan wang, meskipun harus waspada dengan banyak modus penipuan yang mengunakan nama mangsa kebakaran.
Lookman dari AIC mengatakan komunitinya memang selalu berkerjasama dengan pihak berkuasa sebelum menyalurkan bantuan, agar tidak menganggu kegiatan pemadaman dan perkhidmatan lainnya.
ABC Indonesia berbual dengan Lookman ketika masjid AIC sedang mengadakan solat memohon hujan, pada Isnin malam (6/1/1/2020) lalu.
Acara yang diadakan setelah solat maghrib tersebut juga dihadiri Collin Campbell, pegawai perhubungan masyarakat dari MFB.
Dia berharap komuniti yang pelbagai di Melbourne akan terus menunjukkan sokongan kepada mangsa, terutama setelah kebakaran selesai. - KitaReporters.com