TERBAIK ANGKASA!! PRODUK KOPERASI GI WORLD
Published byANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada Khamis, 27 Februari 2020 melancarkan program “Malaysian Coop Plate (MCP)” iaitu inisiatif memasarkan produk koperasi tempatan di pasaran terbuka dalam dan luar negara. : KitaReporters.com
Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kiri) mencuba produk makanan yang ditawarkan melalui program 'Malaysian Coop Plate' di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 27 Februari 2020. - Foto ANGKASA
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Mohd Azlan Yahya, Naib Presiden ANGKASA, yang mewakili Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor.
Inisiatif ANGKASA mempromosikan produk koperasi tempatan menerusi Program MCP memberi ruang dan peluang kepada koperasi untuk mengetengahkan produk makanan dan minuman (F&B) dan kraf tangan yang berkualiti tinggi dan sedia untuk dipasarkan ke peringkat global.
Program MCP akan dilaksanakan dengan penglibatan koperasi negeri Melaka, Kedah dan Pulau Pinang.
Menerusi Program MCP, ANGKASA menawarkan produk premium koperasi dengan harga yang kompetitif kepada pengguna.
Program MCP disasarkan kepada pembeli domestik dari industri peruncitan dan pasaran hotel, restoran dan katering (HoReCa).
ANGKASA akan mempromosikan program MCP ke negara ASEAN seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Vietnam.
‘Sarawak Coop Plate’ adalah perintis MCP 2020 yang menawarkan produk berasaskan gula apong iaitu bahan tradisi penyediaan sajian makan di Sarawak.
Pengunjung juga berpeluang menikmati eksplorasi pelbagai produk berasaskan makanan dari Sarawak menerusi sesi uji rasa selain dapat melihat sendiri proses penyediaan produk yang ditawarkan.
‘Sarawak Coop Plate’ melibatkan lima (5) buah koperasi yang mempamerkan 31 buah produk.
Koperasi yang terlibat adalah Koperasi Kariah Masjid Darul Ulum Kalok Betong Berhad, Koperasi Usahawan Gading Mekar Lundu Berhad, Koperasi Rezeki Kerjasama Kuching Berhad dan Koperasi Keluarga Wan Morshidi Tku Sait Sebuyau Berhad.
Hadir sama Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Ketua Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Zainuddin Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Sarawak, Wan Azizan Wan Zainal Abidin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Nasir Khan Yahaya. - KitaReporters.com