BCL adalah nama singkat atau nama komersial bagi Bunga Citra Lestari. Namun kini BCL boleh kita anggap bererti ‘Bukti Cinta Lestari’ . Maut memisahkan untuk sementara, namun nanti akan kembali "tinggal" bersama. : KitaReporters.com

'Loving couple' BCL dan Ashraf Sinclair. - Kredit foto: Instagram BCL

Padunya ikatan cinta selama hampir 12 tahun antara Bunga Cinta Lestari (BCL), 36, dan Ashraf Sinclair, 40, terbukti apabila penyanyi popular itu terus menempah liang lahad berkembar di tanah perkuburan swasta San Diego Hills, Kirawang, Jawa Barat, Indonesia.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif tanah perkuburan, Suzlani Japardy kepada media selepas majlis pengebumian berakhir Selasa, 18 Februari 2020.

Menurut Suzliani, BCL membuat tempahan melalui pengurusnya Doddy pada sebelah pagi. Tempahan itu berharga Rp260 juta (kira-kira RM78,000). Ia meliputi hiasan di kawasan pusara. 

Ini bererti BCL mahu jasadnya nanti dikebumi bersebelahan dengan arwah suaminya.

Eratnya ikatan cinta BL dan Ashraf ada persamaan dengan cinta abadi Presiden Ketiga Indonesia, BJ Habibie dan isteri Ainun. 

Kedua-duanya juga disemadi bersebelahan di Makam Pahlawan, Kalibata, Jakarta.

BCL bersama Ashraf dan bekas Presiden ketiga Indonesia, BJ Habibie. - Kredit foto: Kompas.com

Percintaan romantik dan teguh Habibie dan Ainun diabadikan dalam filem ‘Habibie dan Ainun’ sebanyak tiga bahagian.

Kebetulan dalam filem itu BCL memegang watak Ainun.

Sebenarnya, keharmonian rumah tangga BCL dan Ashraf mendapat perhatian golongan seni dan masyarakat awam Indonesia.

Mereka sering dilihat bersama berganding anak, dan hampir tidak pernah terlibat bermasam muka.

Sejak bercinta dan berkahwin pada 8 November 2008 , Ashraf demi cinta sanggup berpindah karier ke Indonesia walaupun tetap mengekalkan taraf warga negara Malaysianya.

"Saya berasa kosong selepas kepergian Ashraf dan masih tidak tahu untuk melakukan apa selepas ini. 

"Terima kasih kepada masyarakat yang mendoakan perkara yang baik-baik untuk Ashraf,” kata BCL kepada media selepas pengebumian selesai pada petang Selasa, 18 Februari 2020.

Upacara akad nikah BCL dan Ashraf pada 8 November 2008. - Kredit foto; Budiey

Ikatan utuh BCL dan Ashraf bersemi sejak mula bercinta dan akhirnya berkahwin pada 8 November 2008 dan memperolehi anak tunggal, Noah Ashraf.

Walaupun kedua-duanya bergiat dalam bidang seni iaitu lakonan dan nyanyian, punya ramai peminat, namun dua insan seni ini terlihat sentiasa hidup gembira bersama. 

Tiada gosip liar membabitkan kedua-duanya. - KitaReporters.com

0
2
2
0
1

Copy Link: