[VIDEO] TOLONG!! MACAM MANA NAK TURUN NI?
Published bySEBAGAI ibu bapa kita semua sering digembirakan dengan segala perkembangan yang dipaparkan oleh anak kita sejak hari pertama dilahirkan. Setiap hari pasti ada sahaja proses pembesaran dilihat dari penerokaan mereka yang sangat memberangsangkan. : KitaReporters.com
Baru-baru ini seorang pengguna FB telah berkongsikan kisah anak lelakinya yang sangat lucu.
"Saya pula kena siapkan wiring rumah sebab tak lama lagi nak berpindah. Anak bujang seorang ni nak masuk 2 tahun, terpaksa saya jaga."
Katanya, semasa melakukan wiring, beliau sedar bahawa anaknya itu sedang tidur.
Menurut Mohd Safuddin Mohd Shawal, pada waktu itu beliau sedang melakukan kerja-kerja wiring tanpa menyedari anaknya telah menolak tangga ke belakang.
Ini menyebabkan beliau tidak boleh turun dan perlu mencari cara lain agar dapat turun.
Kisahnya, isterinya bersalin anak kedua dan masih berada dia wad menyebabkan beliau perlu membawa anaknya yang sulung.
"Saya pula teruskan kerja dan tak terfikir yang dia boleh tolakk tangga tu ke belakang sebab dia nak panjat main air di singki.
"Kebetulan telefon ketika itu berada di tangan sebab nak menggunakan lampu suluh.
"Semasa hendak turun, tiba-tiba tangga sudah hilang."
Pada waktu itu, beliau memikirkan cara untuk turun ke bawah.