BESTNYA!! MURID BOLEH TIDUR DI DALAM KELAS

Published by
KitaReporters
SESIAPA sahaja yang tidur di dalam kelas sewaktu cikgu sedang mengajar sememangnya akan mengundang kemarahan cikgu. Cikgu mengajar di hadapan, korang para pelajar sedap je tidur, nak pulak nak dekat-dekat tengah hari memang berul-betul mengantuklah waktu itu. : KitaReporters.com

Perkongsian dari Facebook SMK Julau No.2


Tapi berlainan pula dengan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No. 2 yang terletak di Sarikei, Sarawak. Para pelajar diminta dan mereka harus tidur. 

Sekolah tersebut memperuntukkan 10 minit untuk memberikan dan mendapatkan kesegaran semula selepas mereka bangun dari tidur nanti. 

Waktu yang ditetapkan untuk mereka tidur adalah di antara pukul 11.25 pagi  sehingga 11.35 pagi.

Tidur untuk merehatkan minda.


Mungkin tujuan pihak sekolah tersebut ada baiknya kerana mereka mahukan pelajar mereka sentiasa segar dan bersemangat selepas bangun dari tidur.

Atau mungkin juga untuk para pelajar mereka mendapat 'power nap' jika mereka rehat dan cukup, maka para pelajar akan lebih fokus.

'Power nap' adalah tidur sebentar pada waktu siang untuk mengembalikan tenaga. Waktu terbaik untuk power nap adalah waktu tengah hari. 'Power nap' juga banyak diamalkan di Jepun kerana pekerja yang tidur sekejap dianggap seorang yang berdedikasi.

Power nap... Badan akan segar selepas bangun


Menarik dan praktikal juga kalau ia diamalkan di sekolah yang lain. Teringat lagu kanak-kanak Didi and Friends "mengantuk-mengantuk nak tidur mana...". - KitaReporters.com

17
4
0
0
0

Copy Link: