KAWAN MAKAN KAWAN.. LAHABAU PUNYA KAWAN

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa : KitaReporters.com


Menulis Dari Jiwa... Renungan.

Kita tolong sebab ingat dia susah. Rupanya dia lagi senang dari kita. Kita yang bodoh termakan pujuk rayunya. Bila dah terkena baharu tengadah

Itulah manusia, sanggup buat apa sahaja. Asal hebat di mata manusia. Lupa dosa pahala.


Hai semua, dah boleh teka perkongsian kita hari ini?

Mudah sahaja, hidup jangan terlalu percaya pada orang. Jika tidak, kita tidak akan belajar, demikian pandangan Rose dalam isu ini.

Disebabkan terlalu percaya kepada orang, kita jadi mangsa, leka dan terbuai dek pujian dan keseronokan. Lupa yang hampir dengan kita ini parasit dan ada penyakit hati.

Mengambil contoh pengalamannya, kata Ros dia telah masak dengan orang begini, kawan baik pulak tu. Orang yang kita sayang, percaya, akhirnya jadikan kita musuh.

Puncanya?

Bertahun-tahun kita bersahabat, macam adik beradik kandung. Susah dia kita tolong, walau masa kita susah dia bagi banyak alasan.

Tapi manusia ni, diberi betis hendak peha. Tak pernah cukup.

Sampai satu tahap kita jadi pak turut. Dengar sahaja cakap dia. Nak pinjam duit bagi, nak pinjam kereta bagi. Ajak teman ke mana-mana ikut. Kawan punya hal. Tak mau dia kecik hati.

Tak terfikir dia perguna kita untuk kesenangan dia..


Bila kawan-kawan tegur dan nasihat baharu sedar. Betullah, dia pergunakan kita. Bertahun-tahun juga "menyara" dia sebab kita tahu dia susah.

Rupanya susah dia buat sendiri. Dia yang riak, berlagak sebab tahu ada yang sokong dia. Yang sanggup berkorban untuk dia.

Tapi bila sudah rahsia terbongkar baharu menyesal meraung minta maaf. Dah terlambat. Kerana mulut badan binasa.

Orang dah tolong jangan gigit balik. Jangan seperti anjing tersepit.

Awak dah la hidup atas ihsan orang, tak sedar diri pulak. Sebab itu Allah uji.

Kata Rose dia tak kisah ceritanya dijaja. Sebab itu semua fitnah. Dia tak dapat apa yang dia mahu kita dibuat musuh.

Allah cepat kejut kita dari terus hanyut dengan lakonan dia. Kita dah sedar. Dah tak mahu tolong dia lagi.

Nak hadkan berkawan. Yang dah lepas tu, biarlah. Yang mendatang harus hati-hati.

Kata pepatah, sekali terkena dua kali beringat.


Iktibar kisah ini:

Berhati-hati dengan orang yang suka ambil kesempatan. Yang nak tumpang senang kita. Yang tak ikhlas berkawan. Yang perangainya suka kenakan orang. Yang tak mahu berusaha.

Dalam hidup jangan cepat termakan kata-kata orang. Walaupun rapat, mesti hati-hati. Zaman sekarang, kita tak tahu siapa kawan, Siapa lawan.

Yang ramai manusia hipokrit. Yang berselindung di balik senyum dan manis wajah plastik.

Bila ada kawan yang mula menjadikan dirinya tanggungjawab kita, baik undur diri perlahan-lahan. Bataskan hubungan. Berhenti jadi pak turut.

Manusia banyak ragam. Banyak muslihat juga. Pastikan kita tidak terjebak dalam sandiwara kawan tikam kawan.


  • Jom muhasabah diri. 
  • Kembali kepada realiti
  • Berserah kepada Ilahi
  • Semoga hidup diberkati.


🌹❤️ Kita selalu sangka orang yang kita tolong itu susah, tapi akhirnya kita dapat tahu, dia lagi senang daripada kita kerana dia work smart, bukan work hard. 🌹❤️ - KitaReporters.com

4
1
0
0
0

Copy Link: