[VIDEO] APA KES? BAPA TOLONG ANAK MENIRU
Published byBAPA tolong anak meniru? Pelikkan bunyinya, selalu kalau peperiksaan murid-murid tidak dibenarkan meniru malah semua buku atau nota-nota perlu di letakkan di luar bilik peperiksaan. Tapi di Timur India iaitu di negeri Bihar lain pulak ceritanya. : KitaReporters.com
Foto rachfeed.com
Memetik laporan RachFeed.com, bapa-bapa murid di negeri itu sanggup memanjat bangunan setinggi lima tingkat untuk memberikan nota-nota atau paling popular dalam kalangan pelajar ialah guna ‘toyol” untuk anak mereka bagi menjawab soalan.
Peperiksaan tersebut adalah peperiksaan utama sekolah di negeri itu, kalau macam kita di Malaysia sama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan di Timur Bihar ia juga dikenali sebagai General Certificate of Secondary Examination (GCSE).
Baru-baru ini juga tersebar sebuah video bagaimana para bapa pelajar berusaha untuk memberikan nota tersebut kepada anak-anak mereka walaupun dihambat dengan pegawai penguat kuasa.
Menurut laporan dari Washington Post, meniru sewaktu peperiksaan adalah perkara biasa pada mereka lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.
Ini kerana persaingan untuk pelajar tersebut memasuki kolej-kolej adalah amat terhad, jadi dengan mendapat keputusan yang baik ia akan memberikan peluang yang cerah untuk mereka meneruskan pengajian pada peringkat seterusnya.
Foto : AFP
Pihak kerajaan India menerusi Kementerian Pendidikan India amat terkejut dengan tindakan yang membahayakan nyawa yang dilakukan oleh bapa pelajar.
Menerusi Menterinya, P.K Shahi berkata: “Saya menyeru pada ibu bapa untuk berhenti melakukan perkara tersebut dan biarkan peperiksaan tersebut berlangsung dengan aman dan telus.”
Macam-macam kat dunia ni, namun demi masa depan dan merubah nasib keluarga mungkin ia menjadi salah satu cara untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam bidang pendidikan.
Betullah untuk merubah nasib adalah dengan Ilmu. - KitaReporters.com