BILA TAK KENAL: KOPEK RAMBUTAN GUNA PISAU

Published by
KitaReporters

SIAPA yang tak kenal dengan buah rambutan? Sejenis buah yang memiliki ciri khas rambut pada kulitnya dan biasanya dijadikan pencuci mulut selepas makan. : KitaReporter.com

RAMBUTAN  adalah sejenis buah-buahan tempatan yang masak mengikut musim.


Buah rambutan atau nama latin Nephelium lappaceum, buah yang khas dengan rambutnya ini merupakan buah asli berasal Asia Tenggara. Jika diamati rambutan menyerupai seperti buah laici.

Namun bagi penduduk Asia, rambutan adalah buah-buahan tempatan yang masak mengikut musim.

Baru-baru ini tular apabila seorang remaja bernama Gavin Smith dari Amerika (https://www.tiktok.com/@hommiepen) memuat naik video makan buah rambutan menerusi The Douyin, platform perkongsian video.

Bagaimanapun remaja yang dilahirkan di New York itu tidak mengenali  buah tropika berkenaan sehingga menyukarkan dia mengupas buah tersebut.

REMAJA berkenaan menggunakan pisau mengupas buah untuk mengopek buah rambutan. 


Lebih mencuit hati dia menggunakan pisau pengupas buah untuk mengupas kulit rambutan.

Terdahulu remaja yang menggunakan nama @hommiepen meletakkan tiga biji buah rambutan dilantai dan mungkin kelihatan pelik dengan buah yang jarang ditemui berkenaan menyebabkan dia menggunakan pisau.

Dia kemudian menggunakan pisau pengupas buah dan memulakan 'operasi' dengan membuang bulu-bulu di sekeliling sebelum membelah untuk memperoleh buah rambutan

Bagaimanpun, mungkin kerana tidak pernah melihat buah rambutan sebelum ini, remaja berkenaan membelah buah berkenaan dari bahagian tengah sehingga terbahagi kepada dua dan menampakkan biji buah rambutan.

BUAH rambutan mempunyai nama latin Nephelium lappaceum, buah yang khas dengan rambutnya ini merupakan buah asli berasal Asia Tenggara.


Malah remaja turut menyuarakan dengan menyatakan susahnya untuk membuka buah berkenaan.

“Ini sedikit payah untuk membelah buah rambutan,’’ katanya.

Perkongsian berkenaan di laman sosial itu membuatkan ramai netizen memberi reaksi dengan menyatakan itu adalah buah rambutan, sejenis buah yang berasal dari Malaysia.

Seorang netizen memberi reaksi dengan menyatakan cara membuka rambutan itu menggunakan kaedah yang salah.

 "Ini rambutan, buah dari Malaysia, bukan cara yang betul untuk mengupas, tetapi tidak penting. Ingatlah untuk makan buah rambutan yang betul adalah menggunakan tangan, tapi jangan tersalah makan biji,” kata seorang netizen.

Rambutan adalah buahan tropika dan menjadi kegemaran rakyat di Malaysia, dan penduduk  Asia Tenggara namun asing kepada penduduk asing.

https://www.tiktok.com/@hommiepen/video/6765479430203788549 

https://www.tiktok.com/@hommiepen/video/6765940181527776517

Jom kita saksikan remaja ini mengupas rambutan yang disaksikan lebih 21,000 penonton. - KitaReporters.com

 

 

10
8
0
2
0

Copy Link: