KATA NAK BERUBAH? BILA NAK BERUBAH? BETUL NAK BERUBAH?

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. 

Kongsi minda bersih jiwa.


Renungan.

Cakap tak serupa bikin.

Kata hendak berubah,

Tapi macam itu juga.

Bila hendak berubah?

Jangan cari alasan... Buat atau tidak

Sejujurnya, semua orang mampu berubah.

Yang jadi masalah ialah, kita hendak atau tidak sahaja.

Kalau kita hendak, Allah akan buka jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita.

Tapi, kalau tidak, carilah pelbagai alasan untuk tidak berubah.

Sampai bila kita hendak bagi alasan.

Betul, susah untuk berubah sebab kita kena ada kekuatan dalaman supaya kita tetap kuat, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan, kita tidak mampu untuk kekal lama dalam perubahan.

Banyak godaan yang datang.

Sebelum berubah, kita mesti mintak maaf dengan semua orang, dengan dosa yang kita buat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan masa lalu.

Dekatkan diri dengan Allah.

Hendak berubah mesti ikhlas dan sepenuh hati. Jauhkan diri dari kawan-kawan yang bersifat negatif.

Kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik!

Mereka yang bila kita tengok wajah mereka, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita ke arah kebaikan.

Satu lagi, bila hendak jadi baik, kena bergaul dengan orang yang sama-sama hendak berubah jadi baik! Kita merancang untuk jadi baik, namun tercapai atau tidak tetap berada dalam ketentuan Allah.

Bersangka baik terhadap Allah perlu ada.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Masa berlalu usia bertambah. Seiring itu juga kita semakin kaya dengan pengalaman hidup. Dapat pengajaran berguna. Persekitaran kita turut berubah, begitu juga dengan diri kita.

Perubahan yang yang membawa kebaikan. Nawaitu untuk berubah ke arah kebaikan itu tidak semestinya terikat pada masa-masa yang tertentu sahaja kerana kita perlu sentiasa bermuhasabah diri setiap masa.

Kita harus melihat setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup dengan mata, akal dan hati yang menuju ke arah untuk berubah. Kena nekad dan yakin. Jangan hanya seperti melepas batok di tangga.

Berdoalah semoga Allah mendorong kita kepada kebaikan dan seterusnya menjadi platform untuk kita terus berubah ke arah kebaikan yang kekal. Bukan main-main atau ikut keadaan.

Ingatlah...

Dengan bermuhasabah, kita dapat mengenal pasti kelemahan diri berserta kesilapan lalu dan menanganinya supaya ia tidak berulang.

Kalau hendak berubah mesti kuat semangat. Sanggup tinggalkan semua yang membawa kita ke arah keburukan. Kawan, tempat tinggal dan amalan negatif juga kena tinggalkan.

Pasang nawaitu positif.

Buat sungguh-sungguh.

Dengan doa, semoga hidup kita pada masa hadapan akan ada kemajuan dari sudut pemikiran, keimanan dan akhlak.

Ibarat resmi padi, semakin tunduk semakin berisi, semakin meningkat umur sewajarnya menjadikan kita semakin matang dan mendekati kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.

❤️🌹 Hidup kita dinilai kerana kebaikan yang kita buat tapi bukan apa yang kita kata. ❤️🌹

1
0
1
0
0

Copy Link: