BANYAK KAWAN, BANYAK RAGAM, BANYAK PENIN!

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan... Menulis Dari Jiwa

  • Kawan serumah banyak ragam
  • Kadangkala susah nak faham
  • Banyak perkara tak boleh hadam
  • Sampai hati marah dan geram

  • Lagak hebat, bergaya sakan
  • Tapi banyak barang pinjaman
  • Konon hidup dalam kemewahan
  • Buat kita merasa tekanan

Mesti anda tertanya-tanya apa perkongsian kita hari ini. Kisah yang juga menarik untuk jadi pedoman, dari hati Fifi, eksekutif muda sebuah syarikat swasta.


Hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur sangat payah. Serba serbi perlu berjimat. Hidup perlu berhemah. Sewa rumah, makan minum, pakaian, minyak, tol, semua kena fikir.

Tak boleh boros, kata Fifi.

Namun kata Fifi ada juga orang yang tak sedar diri. Berlagak tak ingat dunia, macam rakan serumahnya, Wann.

Sudahlah kita izinkan menyewa bilik, dia buat macam rumah sendiri pula.

Tidak ada rasa hormat pada kita. Makan minum pun tumpang kita. Malah berani pula guna pakai barang kita tanpa izin. Buat harta sendiri.


Menurut Fifi dalam rumah itu ada 4 orang termasuk dia. Yang dua lagi baik perangai, yang buat hal Wann sahaja.

Tahap buruk perangai Wann ini sangat ketara. Yang 2 lagi pun terkena tempiasnya. Habis shampoo dan sabun dia tumpang guna. Tak ada segan silu ambil hak orang.

Bila tegur, kata kita berkira.

Sedangkan dia berlagak sakan. Beli barang berjenama. Enjoy sana sana. Tapi masih suka tumpang senang orang. 

Sewa rumah selalu lewat. Kadang bertangguh. Bila ugut suruh keluar rumah baru bayar.

Mana boleh tahan.

Tak larat nak bergaduh. Akhirnya kata Fifi, mereka bertiga yang pindah. Menangis dia merayu rayu. Tapi kami nekad. Ini sahaja cara nak sedarkan dia.

Semoga Wann sedar dan berubah.


Iktibar dari kisah ini:

Tidak semua orang kita boleh percaya. Hati orang kita tidak boleh baca

Berhati-hati pilih kawan untuk tinggal dengan kita. Selidik dahulu latar belakang, asal usul dan pekerjaan

Jaga hak anda dengan elok. Yang berharga simpan di tempat selamat.

Jangan sepah-sepah barang. Letak satu tempat biar kemas. Jika perlu kunci.

Ajak rakan serumah berbincang. Berterus terang tentang syarat atau disiplin hidup menyewa supaya semua faham. Masalah pun boleh dielak.

Bersabar juga perlu. Jangan baran, kawal emosi. Sebaiknya jangan putus berdoa. Semoga semua baik baik sahaja

Apapun semua terpulang pada hati kita. Jika ikhlas, Allah akan bantu permudahkan urusan kita.


❤️🌹 Jika keadaan hati rapuh, ia akan lebih mudah menerima perkara negatif, kerana penyakit juga datangnya dari hati ❤️🌹 - KitaReporters.com
0
0
0
0
0

Copy Link: