DIA mungkin dalam keadaan terkejut selepas berlaku impak hasil daripada pelanggaran yang berlaku ataupun dia melatah. Pening juga memikirkan aksi yang dilakukannya. : KitaReporters.com


Seorang penunggang motosikal yang terus bersilat selepas dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Alza baru-baru ini menarik perhatian dan reaksi netizen yang menonton rakaman tersebut yang tular dalam media sosial.

Video berdurasi 1 minit itu menunjukkan seorang penunggang motosikal dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan menunggang motosikalnya dengan laju ketika kenderaan dari arah kiri sedang bergerak.

Motosikal tersebut kemudiannya dirempuh oleh sebuah kereta yang datang dari arah kiri.

Selepas berlaku rempuhan tersebut, remaja itu dilihat tiba-tiba berdiri, terus ‘buka langkah’ dan bersilat.


Aksi silat tersebut dilakukan sebanyak dua kali dan kemudian dilihat memegang kakinya mungkin kerana menahan kesakitan sebelum sekali lagi bersilat di tepi laluan berkenaan.

Video tersebut turut menunjukkan dua penunggang motosikal yang lain yang berhenti dan membantu mengangkat motosikal mangsa.

Pengajaran yang paling penting disini ialah patuhi peraturan lalu lintas dan jangan langgar lampu isyarat merah. - KitaReporters.com


3
3
1
0
0

Copy Link: