BEGITULAH yang diperumpamakan: Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menerusi Facebook rasmi Kedutaan China di Malaysia (https://www.facebook.com/chinaembmy/), wakil kedutaan sibuk dan bertungkus lumus menghantar barangan ubat-ubatan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor bagi bersama-sama menangani wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Malaysia. : KitaReporters


China yang terkini merekodkan pemulihan wabak itu yang semakin baik mengambil langkah terpuji untuk membantu Malaysia dari segi perubatan dan barangan keperluan yang lain sekiranya diperlukan di negara ini.

Terdahulu kunjungan hormat pihak kedutaan berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajaya telah menemukan kerjasama dua hala antara negara tembok besar itu dan Malaysia bagi menangani wabak COVID-19 yang kian menular.

Pertemuan dua hala antara Malaysia dan China untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia. - Kredit foto: FB Kedutaan China di Malaysia


Hubungan baik dua negara sejak dahulu terjalin bukan sahaja dalam perkongsiaan perkembangan teknologinya malah dari segi kerjasama antarabangsa yang melibatkan perkembangan bidang perubatan, penularan wabak penyakit, keselamatan, ketenteraan serta ekonomi.


"On 18th March, China Ambassador to Malaysia, H.E. Bai Tian met with Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"The two sides have exchanged views on China-Malaysia relations and joint prevention and control for COVID-19 etc.

"China Ambassador to Malaysia, H.E. Bai Tian met with Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bai said, China and Malaysia share weal and woe together. 

"China will spare no effort to support Malaysian in defeating #COVID19."

"Action without delay! The first batch of medical materials from China is on the way to Sungai Buloh Hospital", tulisnya menerusi posting berkenaan.


Kakitangan kedutaan sedang mempersiapkan bekalan ubat-ubatan dan keperluan harian untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh.


Menerusi kerajaan terdahulu Malaysia, sebanyak 2.4 tan bekalan perubatan telah disalurkan ke negara China sebagai inisiatif kerajaan, pelbagai agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke wilayah-wilayah yang teruk terjejas dalam usaha mengekang penularan COVID-19. 

Antara produk dan kelengkapan bantuan yang diberikan adalah seperti topeng muka pembedahan, topeng muka N95, sarung muka pembedahan dan gogal (cermin mata pelindungan). - KitaReporters


3
8
0
2
2

Copy Link: