LANG MERAH PATAH SAYAP, PENYU NANGIS RIANG
Published byDOMINIQUE Da Sylva menghadiahkan Terengganu FC dengan kemenangan bergaya empat gol berbalas tiga ketika menentang Kedah atau Lang Merah di Stadium Darul Aman, Alor Setar,Kedah malam tadi, Sabtu, 7 Mac 2020 . Sekali gus melayakkan Terengganu memperolehi tiga mata penuh dan berjaya melonjakkan kedudukan tangga carta tempat ke-7 di belakang Selangor FA. : KitaReporters
Da Sylva membuka jaringan seawal minit ke-3 ketika permainan baru bermula namun sejurus kemudian pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan hasil gol tandukan Renan Alves pada minit ke-19.
Kedah terus menambahkan jaringan gol menerusi Kpah Sherman pada minit ke-22 sebelum tamatnya separuh masa pertama dengan kedudukan terikat pada 2-1.
Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan bertali arus melakukan serangan balas dengan percubaan daripada pemain Kedah, Kipre Tchetche mencetak gol ketiga pada minit 61.
Skuad penyu bangkit semula menambah gol, tiga minit kemudian menerusi Da Sylva pada minit 64.
Berikutnya rezeki masih berpihak kepada Terengganu apabila Da Sylva memerahkan kudratnya memungut dua gol lagi pada minit 81 dan 84.
Akhirnya, Lang Merah patah sayapnya apabila tidak lagi terdaya terbang tinggi dan hanya mampu melihat pihak Penyu menangis kegembiraan meraih kejayaan. - KitaReporters
Dominique Da Sylva muncul sebagai wira Terengganu dengan menjaringkan empat gol ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 7 Mac 2020. - Kredit Foto: Terengganu Football Club (TFC)