[VIDEO] BERTEMU DI MASJID, KINI "DIRIKAN MASJID"

Published by
KitaReporters
MULA berkenalan ketika membuat kerja kebajikan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur kira-kira dua bulan lalu pelakon Tasha Shilla, 33, tekad bertunang dengan Muhammad Atiq Idris, 33 yang bergiat dalam bidang kewangan. : KitaReporters.com

Pasangan sama usia ini memperlihatkan kebahagiaan pada malis pertunangan pada 23 Februari 2020. - Kredit foto: Instagram Tashashilla


Bagi Tasha penantiannya mencari teman hidup tercapai ketika berusia 33 tahun apabila bertemu dengan lelaki idamannya, Atiq ketika membuat kerja amal di masjid.

Majlis pertunangan secara tertutup diadakan di Aireka Space, Empire Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad, 23 ebruari 2020.

Antara hiasan sempena majlis pertunangan Tasha dan Atiq


"Saya kenal dia dari kawan rapat saya pada 3 Disember tahun lalu (2019). Masa itulah berputik rasa sayang dan cinta.

"Untuk majlis nikah pula dalam masa terdekat, saya akan umumkan nanti" katanya.

Pada majlis tersebut, Atiq menyerahkan cincin, tepak sirih dan beberapa hadiah lain kepada tunangnya. Cincin pertunangan disarung oleh ibu Atiq, Rahimah Yoep.

Difahamkan, Atiq menghantar rombongan merisik pada 1 Februari 2020.

Tasha mengabadikan kenangan pada hari pertunangannya.


Sementara itu, berita gembira berkenaan dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) Tasha.

Rata-rata rakan artis dan peminat Tasha mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Difaham majlis perkahwinan akan diadakan pada hujung Februari ini di ibu kota. - KitaReporters.com


1
0
0
0
0

Copy Link: