Assalamualaikum dan selamat petang. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters

Renungan

Menulis dari jiwa


Laut dunia mereka

Perahu rumah mereka

Makanan mereka apa ada

Pakaian mereka sesedap rasa


Tak mimpi yang indah

Tak minta yang mewah

Tak harap hidup bertuah

Tak faham dunia ini indah


Yang mereka tahu mereka ada kehidupan juga di dunia ini. Walau terpisah dek lautan luas... Mereka hidup gembira dalam serba kekurangan.

Uniknya gaya hidup 'Orang Laut' Di Sabah.


Hari ini saya nak kongsi pengalaman 3 tahun lalu bersama Yayasan Qaseh ZYPhyto menyantuni masyarakat Pulau Mabul dan Bajau Laut di kepulauan sekitarnya.

Rombongan amal ini mengadakan beberapa kerja amal bersama penduduk Pulau Mabul dan menyerahkan telekung untuk Muslimat di kampung itu.

Kami juga sempat menyantuni budaya dan cara hidup di pulau-pulau ini, terutama yang melibatkan masyarakat Bajau. 

Ia telah membuka mata saya untuk lebih memahami yang lebih baik tentang masyarakat pelaut ini.


Dunia mereka hanya laut

Mereka menginap di dalam perahu atau pondok kecil yang dibina dengan kayu di atas karang kecil dan jarang-jarang sekali menjejakkan kaki ke tanah.

Jika mereka turun ke darat sekali pun hanyalah untuk mendapatkan minuman segar atau mengumpul kayu untuk membina bot atau perahu. 

Mereka tidak akan tinggal di darat untuk tempoh yang lama.

Tapi mereka bijak berniaga.

Orang Bajau Laut berniaga dengan penduduk tempatan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan menjual hasil laut yang ditangkap.


Mereka hidup terbiar, tanpa identiti dan negara 

Tetapi tetap mempunyai gaya hidup yang riang dan ringkas, tanpa memikirkan hari esok atau masa-masa akan datang.

Bajau Laut layak dipanggil Raja Laut.

Kadang dipanggil juga Gipsi Laut.

Mereka mempunyai kelebihan menyelam yang luar biasa dan mampu berkeliaran di perairan Malaysia, Filipina dan Indonesia tanpa rasa takut.

Di Sabah, mereka boleh ditemui di sekitar pulau-pulau Mabul, Bohey Dulang, Sibuan, Maiga, Mantabuan, Selakan dan Omadal.


Sesiapa sahaja boleh melancong dan melawat pulau-pulau ini untuk melihat sendiri kehidupan mereka yang sangat unik.

Tapi perlu juga berhati hati apabila berniat untuk memberi sumbangan. Adakala mereka tidak dapat dikawal dan menjadi ganas untuk mendapatkan makanan. 

Sebab itu pemandu bot mesti boleh berbahasa mereka. Mudah sikit berurusan. Jika tidak perlu hati-hati.


Apapun saya mendapat pengalaman menarik sepanjang lawatan ini 

Meredah 7 pulau menaiki bot dan melihat kehidupan Bajau Laut yang sangat unik

Melihat kehidupan hamba Allah ciptaan Tuhan yang bergantung hidup di laut tanpa rasa takut dan bimbang

Mereka bahagia cara mereka.

Sedang pada mata kita, ngerinya hanya Allah yang tahu.

Pengajaran yang saya dapat

Bagi mereka laut bukan satu perkara yang perlu ditakuti tetapi satu kehidupan.


Iktibar dari kisah ini

Bumi Allah luas

Di mana sahaja ada rezekinya.

Kita beruntung hidup mewah. Cukup makan pakai.

Ada hiburan. Ada orang ambil berat. Cukup kelengkapan.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.


Jika kita rasa susah, ada lagi yang susah daripada kita

Insaflah

Berdoa untuk kesejahteraan seluruh umat manusia di dunia ini.

Bayangkan mereka yang bergadai nyawa mencari rezeki dengan kerja-kerja berbahaya

Seperti anak anak Bajau Laut yang seawal usia 7 tahun sudah mengayuh perahu mencari rezeki 

Sedang anak cucu kita masih ada yang disuap makan

Semoga kita muasabah diri dan istiqomah


❤️🌹 Bila ombak jadi kawan, kehidupan itu bukan lagi kepayahan tetapi satu perjuangan. 🌹❤️ - KitaReporters

4
0
0
0
0

Copy Link: