TANDA HALAL DI MYEONGDONG.. HATI-HATI!!
Published byJIKA berjalan ke luar negara, selain bercuti dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi, aspek makanan turut diutamakan. Maklumlah mencari makanan halal di negara asing bukan perkara mudah.
Terkini, ramai masyarakat kita melancong ke Korea, mungkin pendedahan budaya dan rancangan-ranacangan menarik termasuk ikutan K-pop telah membuka masyarakat kita memilih Korea sebagai destinasi percutian.
Namun ketika dihidang dengan pelbagai hidangan tradisi yang menyelerakan di negara itu, hati-hati! Kerana tidak semua tanda halal yang dipamerkan itu adalah benar.
Ini terbukti apabila seorang rakyat kita yang melancong ke negara itu dan melihat sendiri tindakan licik penjual di kawasan yang dikatakan halal iaitu Myeondong Street.
Pasti penjunjung akan ‘kelabu mata’ untuk memilih makanan kerana kebanyakan makanan di sana mempunyai tanda logo halal. Namun persoalannya siapa yang mengesahkan logo berkenaan!
Seorang pengguna di Twitter, Najib Ayub berkongsi video beliau di Myeongdong Street.
Dalam video tersebut, papan tanda yang memiliki logo halal diletakkan di bawah dan papan tanda dengan gambar menu khinzir tertera di gerai berkenaan.
Menurut Najib, papan tanda halal itu dikeluarkan oleh penjual ketika melihat ramai pembeli Muslim melalui kawasan tersebut.
“Bila dia nampak ramai yang pakai tudung, dia akan tukar papan tanda halal, tapi bila penjual tengok ramai pelancong lain dia akan turunkan papan tanda berkenaan,” ujarnya.
Kisah itu dikongsi 8,700 pengikut, manakala lebih 21,900 yang memberi komen.
Keadaan tersebut jelas menunjukkan penjual berkenaan hanya bersikap pentingkan diri sendiri demi mengaut keuntungan jualan mereka tanpa memikirkan soal hukum yang ditetap untuk seorang Muslim.
Jadi buat mereka yang ingin melancong di Korea, jangan sesekali membeli makanan di Myeongdong secara semberono kerana kebanyakan logo itu adalah palsu.
Peniaga di sana juga terus sahaja cakap halal bila nampak pengunjung yang bertudung.
Sebenarnya, terlalu banyak pilihan makanan di Korea Selatan yang boleh dimakan orang Muslim.
Sebaiknya lakukan kajian sebelum ke sana agar anda tidak terlepas untuk menikmati makanan-makanan halal yang boleh didapati dengan mudah di Korea.
Perkongsian Najib tersebut mendapat banyak reaksi dan rata-rata pengguna menasihatkan supaya pengunjung Muslim lebih berhati-hati.
Malah, Najib yang menggunakan akaun @ian N.A juga menasihatkan pengunjung supaya mendapatkan maklumat tepat termasuk daripada Korea Tourists Organisation Malaysia sebelum menjamah makanan di negara tersebut.
Terima kasih@ ian N.A! denganperkongsian ini.