SEDIH, RUGI!! BANDAR LUMUT DAH MULA KUMPUL LUMUT?
Published byLUMUT, PERAK adalah bandar yang sangat cantik bak pusat peranginan tepi laut yang boleh dimajukan menjadi tarikan pelancong yang sukakan destinasi pantai di Eropah dan Amerika seperti Florida dan Hawaii atau persisir laut di Amerika Selatan.
Menarik...sepatutnya Lumut boleh mengabdikan watak macam dalam kartun Spongeboard Squarepant untuk menjadikan tarikan bandar kerangan laut ini.
Cantik Bandar Lumut dengan lautannya yang saujana mata memandang dan pantainya yang landai dan bandar yang jauh dari hiruk-pikuk kota, kira sangat sesuai untuk berehat.
Bagi kanak-kanak pula, siri kartun Spongebob dan Squarepant adalah mengenai kehidupan nun jauh bawah laut. Dan di Perak, Lumut adalah tempat sesuai untuk membangkitkan rasa tu.
Di sini tepian laut yang saujana mata memandang dan pantainya yang landai sangat sesuailah dijadikan bandar macam siri kartun tu.
Di tengah-tengah bandar berdekatan jeti ke Pulau Pangkor dah dihiasi tembok yang dipenuhi dengan kerangan laut. Cuma jika sedikit inisiatif bandar pinggiran laut ni pasti menjadi pilihan sebab tak jauh dari Kuala Lumpur.
Malangnya bandar itu sama seperti Kuala Perlis yang lebih berfungsi seperti toll "Touch n Go" yakni lebih kepada titik persinggahan orang yang hendak ke Pangkor.
Pusat bandar macam tak ada kehidupan yang "hangat" walaupun ada hotel ternama, malah seakan ketinggalan dengan banyak pusat perniagaan dan hotel ditutup.
Limbungan pembinaan dan perkhidmatan penyelenggaraan kapal TLDM boleh menjadi satu tarikan untuk belia dan pakar industri perkapalan.
Tak tahulah di mana silapnya Lumut satu daerah yang bagi saya sangat sesuai untuk tempat tinggal selepas bersara, kawasan peranginan yang belum padat dengan penduduk dan boleh dibangunkan sebagai satu kawasan tarikan utama untuk industri aquakultur khususnya untuk para peminat perahu layar, pemancing dan mungkin juga kawasan industri perikanan dan hasil laut negara.
Pekan yang sepi dan jika hidup pun kerana adanya Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dipindahkan dari kawasan operasinya dulu di Woodland, Singapura.
Pusat bandar Lumut membangun di kawasan tumpuan tertentu dan strategik, yang ada terbinanya pusat beli-belah moden.
Mungkin kerana tempat persinggahan sebelum pelancong bertolak ke Pulau Pangkor menyebabkan Lumut hanya menjadi tumpuan bila ada acara membabitkan tentera laut berhampiran. Macam hari tu, ada karnival angkatan tentera ke-80, maka menarik ramai pelancong dari seluruh negara berkunjung ke Lumut.
Lumut terletak dalam daerah Manjung, Perak sejauh 84 kilometer dari Ipoh, 12 kilometer dari Sitiwan dan 'gateaway' ke Pulau Pangkor.
Dalam empat lima jam dari Kuala Lumpur anda akan dipamerkan dengan pemandangan lautan dan pasir yang landai. Di sinilah bolehlah anda berkelah dan membeli-belah hasil perikanan di kedai-kedai yang boleh ditemui di pekannya.
Hotel ni mungkin sudah lama terbiar. Tahun 2020 Pulau Pangkor akan dijadikan pulau bebas cukai. Kenapa hotel terbiar ini tak dijadikan macam rumah persinggahan untuk pelancong dan pesara yang nak tinggal lama?
Sebahagian daripada kisok yang dibiarkan terbiar dan perlu dipulihkan.
Ada banyak tempat menarik di Lumut yang boleh dikunjungi seperti Lumut Waterfront, Terminal Jeti, pusat perniagaannya, Teluk Senangin, Bukit Engku Busu, Taman Paya Bakau, Kota Belanda dan Pulau Marina.
Singgah dan menginaplah semalaman di bandar Lumut ini sebelum anda berlepas ke Pulau Pangkor. Dan tahun depan Pulau Pangkor dijangka dijadikan pulau bebas cukai terbaru negara.
Kerajaan negeri sepatutnya sudah mengambil langkah membaik pulih hotel terbiar, memberikan pelbagai insiatif kepada penduduk untuk memajukan bandar Bandar Tentera Laut yang menghadap Selat Melaka yang terkenal itu
Teluk Batik umpamanya satu pusat perkelahan yang dikunjungi ramai anak negeri Perak. Menghabiskan cuti hujung minggu atau sekadar untuk beriadah, camp fire dan sesuai untuk kegiatan perkhemahan.
Di tepi laut ada 120 gerai yang dibina oleh majlis perbandaran untuk dijadikan kawasan perniagaan. Yang buka hanya lebih kurang 30 gerai saja, lebih kepada gerai menjual makanan dan minuman, cenderamata dan seluar untuk berenang.
Untuk bersiar atau mandi manda boleh ke Teluk Batik, dulu paling popular di Perak dan seluruh negara.
Kami sempat singgah ke Pantai Teluk Batik yang asal-usulnya dari Teluk Batak, kata seorang peniaga di situ. Ia hanya popular dan glamor pada awal tahun 80-an apabila diadakan keraian pantai termasuk pertunjukan hiburan dan pestaria.
Sekarang gerainya sudah semakin buruk dan banyak yang rosak akibat tiada pihak yang menguruskannya. Malah sewa yang dahulunya dikenakan sebanyak RM120 kini menjadi RM60 saja. Orang berniaga pun pada hujung minggu dan cuti umum sahaja.
Tempat perkelahan itu sangat cantik dan projek itu pula dilengkap dengan pelbagai kemudahan. Malangnya disebabkan tempat itu agak jauh dari pantai, pengunjung tak berminat untuk singgah apalagi untuk membeli-belah.
Cuma kawasan Pantai Teluk Batik itu menjadi tumpuan bakal pengantin mengambil gambar dan pengunjung luar yang datang sekali seumur hidup untuk mengabdikan kenangan di Teluk Batik.
Ini sepatutnya bangunan Muzium Seashell atau Muzium Kerangan laut yang tak disiapkan. Jika kreatif, bangunan ini boleh usahakan sebagai restoran makan laut.
Malah Muzium Kerangan pun tak sempat dibuka. Sayang bangunan diukir dengan ukiran tradisional terbiar menunggu roboh.
Jika kos membuatnya menelan belanja yang banyak, kenapa tak dijadikan restoran makanan laut untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kawaasan itu?
Kawasan parking sangat luas dan dikenakan bayaran dalam RM2 untuk letak kenderaan.
Kawasan siar kakinya dihiasi dengan hiasan lembing yang sangat menarik pemandangan. Sudah pastinya bila malam, kawasan itu menjadi tempat menyeramkan dan gelap gelita bila kedai-kedai cenderamata tidak lagi beroperasi.
Kata peniaga di situ lagi, kedai di situ sudah berpuluh kali bertukar tangan dan ada peniaga yang dipilih untuk mengusahakan kedai itu tak masuk pun untuk berniaga.
Kalaulah majlis perbandaran membaiki dan menjadikan rumah inap desa (homestay) baget kan bagus daripada membiarkan bangunan menjadi reput dan menjejaskan pemandangan?
Beberapa peniaga yang ditemui meminta kerajaan negeri atau Majlis Perbandaran Manjung merangka projek yang inovatif bagi memajukan Pantai Teluk Batik dan bandar Lumut sebagai satu pusat percutian yang menakjubkan negara.
Kata mereka, Pantai Teluk Batik masih menjadi tarikan kerana ada ramai pelancong datang untuk melihat suasana dan sering kali berakhir dengan luahan kehampaan.
Pelbagai cenderahati yang boleh dibeli dari bandar Lumut untuk menceriakan sedara-mara.