'KEEP CALM AND' TERUS SENYUM DAN BERDOA
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa.
Renungan
Hati tidak tenang?
Gelisah dan serba salah
Itu tanda hati kotor.
Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang, hidup kelam kabut, kerja selalu tidak menjadi, selalu kena marah adalah sebahagian daripada rasa tidak tenang di hati.
Tiada siapa yang mahu kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini yang menjadikan hati tidak tenang sehinggakan air mata menitis setiap waktu.
Ada juga yang tidak tenang hati kerana perkara lain termasuk berdosa dengan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk dan kita menjadi tidak tenang sebab terlalu memikirkannya.
Bagaimana hendak menenangkan hati supaya tidak kelihatan lemah.
Tidak perlu berpura-pura kuat.
Luahkan perasaan sebenar.
Senyum, walaupun siapa pun tak tahu peritnya hati kita.
Kita semua dikurniakan hati dan perasaan. Lemah dan berduka.
Hati mudah tersentuh.
Sebaiknya berdoalah. Berdoalah apa sahaja supaya dikembalikan ketenangan.
Perasaan yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan serba tidak kena.
Semuanya hambar dan tawar. Hidup seperti terganggu, tiada kegembiraan. Seperti dipulau orang keliling.
Cuba fikir kenapa jadi begitu?
Ada kita buat salah dengan orang atau susah hendak maafkan orang.
Cuba perhatikan aliran air dalam longkang sebagai contoh.
Apa jadi kalau aliran airnya terkumpul dan bertakung terlalu lama serta tersumbat?
Tentu air tidak dapat mengalir dengan lancar, jadi keruh dan kotor.
Begitu juga dengan hati.
Bila kita terlalu sukar hendak memaafkan orang dan menyimpan masalah terlalu lama, perkara itu akan jadi dendam.
Hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat melihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan orang dan menyelesaikan masalah.
Jadi, maafkanlah sesiapa pun yang salah terhadap kita..
Insya-Allah mereka juga akan memaafkan kita.
Ingatlah.
Adukan masalah kita terus kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Berzikir jangan putus, bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati. Setiap saat yang terluang.
Elakkan mendengar lagu dan menonton filem sedih kerana ia akan membuatkan kita semakin sebak dan sedih
Kemaafan tidak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya membuka hati kita untuk melihat hikmah dan mengajar hati menjadi lembut dan baik di mana kita akan mendapat ketenangan.
Apa apapun serahkan kembali hati kita kepada Dia.
Dia penawar terbaik..
Dan maafkanlah sesama kita, supaya hati kita tenang dan membuka ruang untuk menikmati kebahagiaan.
Insya-Allah jika kita sentiasa menjaga solat, amal jariah dan berbuat kebaikan, Allah akan memberi ketenangan hati yang tidak terhingga kepada kita.
Sebab antara perkara yang bernilai di dalam hidup kita adalah mempunyai hati yang tenang.
Semoga Allah membantu kita membersihkan hati dari segala hal negatif.
❤️🌹 Saat kita memerlukan cahaya, Allah beri matahari. Saat kita memerlukan air, Allah turunkan hujan. Saat kita memerlukan kebahagiaan, Allah beri ketenangan. Alhamdulillah. ❤️🌹