PENGALAMAN NAIK BULLET TRAIN KE TURPAN, CHINA
Published byDi Dun Huang tiada stesen train. Kami menaiki bas dari Dun Huang ke bandar kecil Liuyuannan, 1.5 jam perjalanan. Bandar ini semakin sibuk dan maju kerana adanya stesen train dan juga pusat ekonomi baru Laluan Sutera.
Di Dun Huang kami makan tengahari awal dan jam 12 kami berlepas. Dalam keletihan hampir semua tidur dalam bas. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi hentakan kuat. Rupanya bas kami sedang melalui lebuh raya yang belum siap sepenuhnya. Masih berdebu.
Dengan permukaan jalannya yg berlopak-lopak dan berdebu, kami terpaksa ikut aluanan permukaan jalan dengan bunyi tayar kuat serta badan kami bergerak kanan kiri. Jauh juga terpaksa kami tempuh dengan pemandangan gurun pasir Gobi kiri kanan jalan. Sekali sekala kami lihat pekerja memerah tenaga di bawah terik mentari.
Kami tiba di stesen train Liuyuannan dua jam lebih awal. Train tiba di stesen 4.40 petang. Kami turun bas dan menolak beg-beg kami ke pintu masuk stesen untuk pemeriksaan keselamatan. Kami tunjukkan pasport serta tiket train. Beg-beg kami kena scan. Benda-benda tajam seperti pisau Swiss knife tidak boleh dibawa masuk dalam train walaupun ia berada dalam beg besar. Dijumpai akan dirampas.
Bagi wanita yang pakai tudung pula perlu memakai tudung ikut cara yang diperintah oleh pihak berkuasa Xinjiang. Jika tidak akan diminta membuka tudung untuk diperiksa. Guide kami telah mengingatkan pasangan kami hal ini masa di Dun Huang lagi.
Sebab ejen kami tidak beritahu awal terpaksalah beli dengan harga 100 yuan lebih di sebuah kedai Muslim di Dun Huang serta menunjukkan cara memakainya. Pemeriksaan keselamatan memang ketat. Lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam.
Di stesen kami tunaikan solat jamak qasar dan tiada halangan pula. Disebabkan stesen ini tiada eskelator untuk ke platform dua, guide kami telah mengesyorkan kami guna khidmat porter red shirt dengan bayaran 15 yuan satu bag. Kami akur.
Memangpun tangga naiknya cukup curam dan tak mampu bagi yang veteran macam kami untuk mengangkatnya. Kami lihat yang tidak guna khidmat porter mengalami keletihan dan tercungap-cungap.
Train hanya berhenti sekitar 5 minit dan dalam tempoh itu kami mengangkat beg sendiri ke dalam train serta berebut-rebut menyusun beg masing-masing dengan penumpang yang lain. Tiket diperiksa. Tempat duduk selesa.
Trainnya bersih. Bilik airnya bersih. Dengan pekerjanya mundar mandir menyapu lantai train serta memungut sampah penumpang. Memang selesa. Ada jualan minuman serta buah-buahan. Tak laparlah perjalanan ke Turpan atau Tulufan.
Pemandangan kiri kanan luar memang indah. Cantik. Adakala masih ada ternampak snow di bukit-bukit. Dalam coach 8 kami bersama dengan pelancong Jepun. Pengumuman dibuat dalam dua bahasa, Cina dan Inggeris. Kelajuan yang tercatat di skrin 197 km/h.
Lima belas minit sebelum sampai stesen Turpan kami diminta bersedia dengan beg-beg di pintu keluar train. Kami tiba di Turpan jam 8.08 malam. Cuaca masih terang benderang sebab maghrib masuk lewat.
Disebabkan tiada eskelator kami terpaksa angkat bag turun tangga yang curam juga. Sekali lagi kami melalui pintu keselamatan untuk keluar stesen. Siap dengan polis yg bersenjata.
Di luar kami juga melaporkan diri di pusat keselamatan polis. Sebelum itu guide kami Majid yang memakai seluar pendek telah sedia menunggu di luar stesen.