OI ORANG MALAYSIA!! JAGA KEBERSIHAN!! ADOII!!
Published bySETIAP kali tempat yang baharu yang dibuka pasti ramai yang mengunjung. Baru-baru ini, tarikan baharu di bandar Kuala Lumpur iaitu Pintasan Saloma menjadi tumpuan ramai sejak dibuka 6 Februari 2020. : KitaReporters.com
Kredit foto: https://twitter.com/Twt_Cyberjaya
Ramai yang teruja dengan ikon baru di bandar raya ini sehingga menyebabkan ramai yang berpusu-pusu mengunjungi jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa di Kampung Baru berhampiran stesen LRT Kampong Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di tepi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari KLCC.
Menariknya,
ikon terbaru mengetengahkan reka bentuk unik yang mengambil ilham sirih junjung
aiaitu seni gubahan adat Melayu.
Namun
sayangnya, masyarakat kita ni masih berada di takuk lama, walaupun negara
semakin membangun dan moden.
Kebersihan
tetap tidak diutamakan… bertaburan sampah di kiri kanan laluan berkenaan.
Jika
pelancong luar datang mesti memalukan!
Malah, ada
juga kesan air minuman yang tertumpah menyebabkan lantai menjadi kotor dan
melekit… Aduiii apa nak jadi ni!
Kredit foto: https://twitter.com/Twt_Cyberjaya.
Rata-rata
netizen tidak puas hati dengan sikap rakyat di negara kita kerana tidak tahu
menghargai kemudahan yang disediakan.
Sepatutnya
kemudahan yang ada dijaga bersama dan bukan hanya bergantung kepada pihak
berkuasa untuk mengawal semata-mata.
Bila nak
berubah pun tak tahu la…
Beberapa keping
gambar berkenaan dikongsikan dalam akaun Twitter @Cyberjaya Info dan mendapat respons daripada
pengguna lain yang mencadangkan kawalan penguat kuasa yang menjaga kawasan
berkenaan supaya tidak membawa makanan dan minuman sepanjang melalui laluan
berkenaan.
Malah ada netizen
sudah menjangkakan ‘kejadian’ berkenaan berlaku kerana tahu dengan budaya
masyarakat kita.
Seharusnya kita berberbangga dengan pencapaian negara dan berganding bahu bersama-sama menjaga kebersihan.
Inilah yang selalu disebut-sebut: "Infrastruktur kelas pertama, tapi minda (mentaliti) dunia ketiga."
- KitaReporter.Com