BELIAN PANIK: ROSYAM MART KAWAL PELANGGAN
Published byTIMBULNYA berita palsu sejak Ahad, 15 Mac 2020 mengenai arahan ‘lockdown’ oleh kerajaan menimbulkan keresahan masyarakat sehingga ramai yang membuat pembelian panik serta menyerbu pasar raya bagi mendapatkan stok barangan asas. Antara pasar raya yang diserbu ialah ST Rosyam Mart. : KitaReporters
“Saya tahu semua tiba-tiba jadi panik dan datang beramai-ramai, saya harap anda semua boleh bersabar kerana dalam pasar raya dah penuh.
“Minta maaf sebab keadaan dah jadi macam ni jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat,” katanya dalam IInstagramnya @Iamrosyam.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, Rosyam Mart akan dibuka 24 jam dan penghantaran stok barang dari pembekal akan berjalan seperti biasa.
“Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan akan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang nanti jadi kelam-kabut.
https://www.instagram.com/iamrosyam/
Sementara itu, netizen juga menyambut baik langkah pengawalan keluar masuk pelanggan ke Rosyam Mart ekoran penularan virus penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) ini, sekali gus memastikan keadaan selamat serta terkawal di dalam pasar raya.
"Kami sekeluarga memang tiap2 bln ke rosyam mart utk beli brangan dapur.. Walaupun jauh snggup ke rosyam mart semata2 beli brg dapur buat stock..
"So bila jd panic buying ni dlm kple otak ttp akan tuju ke rosyam mart.. Harap2 keadaan di sana masih blh dikawal..
"Kami faham kalau dato buat sekatan mcm tu demi utk keselamatan semua... Kerjasama pelanggan jgk penting... Alhamdulillah kalau stock brg di kedai mencukupi... Nanti kami akan kesana utk tp4 brg rumah...," kata @eiyrha_farzhira dalam IG milik Rosyam Nor.
"Boleh sekat.atau secara kumpulan demi kumpulan.. dan bersyarat tidak melebihi 1 jam shopping," kata @theonlikaka pula.
@ramdhan_eiss pula berkata, "Bukan hanya cramp/sempit saja, tapi langkah2 keselamatan atau jangkitan tu lagi penting. Semoga kita terus berdoa.." - KitaReporters