JANGAN MERUNGUT! UJIAN INI PEMBAWA REZEKI
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters
Renungan
Memulis dari jiwa.
Bila kuat kerana Allah
Yang berat menjadi mudah
Hilang semua yang payah
Berganti hidup lebih menyerlah
Jangan merungut
Jangan mengeluh
Doa, usaha tawakal
Insya-Allah, semua menjadi baik.
Yang penting hidup diteruskan. Doa jangan putus. Usaha gandakan. Ikhlaskan hati dalam semua perkara.
Jom kita kongsi kisah Salina hari ini, kisah yang boleh dimanfaatkan bersama dalam menjalani kehidupan demi masa depan.
Begini kisah Salina:
Dua tahun lepas Salina diberhentikan kerja kerana disahkan menghidup kanser usus stage 2.
Kerana prestasi yang semakin merosot, majikannya menasihatkan Salina berhenti kerja.
Tambahan pula untuk rawatan kesihatan tidak ada.
Kerana tidak mahu susah diri dan keluarga Salina setuju berhenti dengan sedikit pampasan. Alhamdulillah. Selepas berhenti Salina mula susah hati.
Banyak termenung dan tertanya-tanya, kenapa aku? Kenapa dia yang Allah uji. Yang Allah bagi penyakit ini. Berminggu-minggu menangis, mengenang nasib, akhirnya Salina sedar, Allah uji sebab dia sayang.
Nasihat seorang ustazah memberi keyakinan buat Salina. Katanya, jangan merungut dengan anugerah Allah. Bersyukur dan berterima kasih.
Dekat diri kepada-Nya. Buat kebaikan ke jalan Allah.
Sejak itu Salina nekad. Dia mula keluar berjumpa orang. Mula mendapatkan rawatan sewajarnya.
Salina juga gunakan kepakarannya membuat kuih untuk mencari rezeki. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
Sekarang Salina bebas daripada penyakitnya. Bisnes juga makin maju, rezeki juga melimpah ruah berbanding masa kerja dahulu. Syukur, aturan Allah yang terbaik!
Iktibar dari kisah ini.
Bersyukur kerana terpillih diuji Allah.
Setiap yang berlaku bersebab.
Redha dan positif.
Kesusahan yang dilalui bukan penamat hidup.
Sebagai hamba-Nya kita mesti kuat dan bersabar.
Jangan meratap dan menangisi hidup. Allah tak suka.
Lebihkan meminta tolong krlepada Dia kerana Dia Maha Mendengar dan Melihat.
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Begitu jugan rezeki.
Bumi Allah luas. Rezeki ada di mana-mana.
Salina bertuah kerana pandai buat kuih. Muih.
Di sebalik penyakit yang Allah bagi, dihadiahkan juga kepakaran memasak.
Tak semua orang dapat.
Ingat.... Dia yang memberi. Dia juga yang menyembuhkannya. Aamiin.
❤️🌹 Jangan berundur sebelum berjuang... Jika kalah pun, biarlah di dalam gelanggang. ❤️🌹 - KitaReporters