KEDEKUT SENYUM, TUNJUK MUKA MASAM... ANDA ORANGNYA!!

Published by
KitaReporters
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kongsi minda, bersih jiwa.


Renungan.

Kedekut senyum, pilih kawan sama taraf

Selalu hendak menang

Pandang, jeling tunjuk muka masam

Sombong ke namanya?

Sebagai manusia, kita boleh menilai tabiat orang.

Melalui pergaulan pula, kita boleh tahu seseorang itu sombong atau tidak.

Bukan mengata, sekadar berkongsi pengalaman dan peringatan untuk diri sendiri juga. Semoga kita ambil iktibar dan muhasabah diri.

Orang sombong selalu merasa dia hebat. Pandang orang sebelah mata, jeling-jeling, senyum sangat kedekut.

Payah menerima pandangan orang lain sekalipun dia tahu pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Sebab egonya sangat tinggi.

Tabiat buruk mereka, mudah marah atau emosional, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang buat silap. Tapi silap sendiri pandai pula sorok.

Dalam persahabatan dan pergaulan, mereka selalu memilih kawan. Berkawan hanya dengan orang yang satu sama taraf dengan mereka. Konon kalau berkawan dengan orang bawahan jatuh status atau darjat dirinya.

Tapi jangan tak tahu, mereka suka orang yang mahu mendengar kata-kata mereka, ikut arahan tanpa membantah. 

Mereka suka jadi tuan puan. Diangkat dan dipuja.

Satu perkara lagi, mereka selalu memandang hina pada golongan bawahan dan suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan tanpa sebab kerana hendakkan perhatian.

Kalau orang dengar cakap dan puji mereka, semakin menjadi jadi perangai sombongnya.Macam kaduk naik junjung.

Biasanya orang yang sombong suka tunjuk pandai walau tidak pandai manapun.

Kadangkala, mereka sahaja yang hendak bercakap tanpa memberi peluang kepada orang lain.Perangai buruk mereka, kalau ada orang lain bercakap, mereka suka potong cakap orang.

Bila buat salah, berat hendak minta maaf sebaliknya buat muka tidak bersalah. 

Mereka selalu hendak dihormati tetapi mereka sendiri susah untuk menghormati orang lain.

Orang sombong ini bijak, tapi bijak yang tidak boleh diikut...

Mereka kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana suka mengambil kesempatan ke atas orang.

Ingatlah...

Sombong tidak ke mana

Tambah benci orang adalah.

Mereka yang sombong tidak tahu berterima kasih. 

Suka mengangkat diri. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

Sedihnya, mereka kurang menghormati nikmat-nikmat Allah.

Suka menunjuk-nunjuk, bangga diri. Membazir dengan perkara tidak perlu kerana mahu dipandang tinggi.

Semua itu menjadi hobi hidup mereka tanpa berfikir untuk memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain yang memerlukan.

Berdoalah supaya kita tidak termasuk dalam golongan orang yang sombong dan riak.

Buang sikap sombong. 

Tak susahpun nak dikasihi orang. Senyum, jaga lidah, jaga akhlak sudah cukup.

Kadang-kadang, kita tak perasan tapi orang menilai!

❤️🌹 Mulianya seorang manusia adalah mereka yang memberi manfaat dan membahagiakan orang lain. ❤️🌹

5
1
1
1
5

Copy Link: