ULTRAMAN SERTAI FAMILI MARVEL DI HOLLYWOOD

Published by
KitaReporters

BAYANGKAN Superman dan Ultraman bergabung berperang dengan musuh kebal mereka untuk melindungi orang bumi daripada dimusnahkan oleh raksasa atau alien yang saiznya lebih tinggi dari bangunan pencakar langit. Pancaran berapi keluar dari tangan Ultraman dan dari mata Superman. : KitaReporters.com 


Mungkinkah mereka ni berasal dari planet yang sama, boleh terbang keliling dunia? Cuma Ultraman ada tempoh masa hidup kat dunia dan takde kekasih wartawan tu!...Superman manusia luar biasa. 

Kalau dulu tahun 70-an apabila televisyen diperkenalkan di negara ini, siri Ultraman yang ditunggu. Di kampung, budak-budak malah orang dewasa berlonggok di kedai makan atau rumah orang kaya untuk menumpang menonton filem ini. 

Selesai menonton anak-anak kecil sambung bermain dan membuat aksi Ultraman. Kemudian diikuti dengan gelak ketawa. 

Pernah ada lelaki ' mematahkan' serangan bebelan isteri dengan membuat aksi Ultraman. Itulah penangan Ultraman.


Superhero Asia itu ditawarkan menyertai keluarga adiwira Marvel Comic bila Marvel Entertainment buat usaha sama dengan pengeluar produk komik terkemuka di Jepun, Tsuburya Production, pada tahun depan. 

Peringkat awal kisah Ultraman dihasilkan dalam bentuk komik dan novel grafik yang penceritaannya akan dilakar dari kaca mata pencipta seni komik Marvel. 

Ultraman dilhat akan menjadi satu fenomena baru dalam industri superhero itu. Sama ada usaha sama ini akan berterusan kepada penerbitan filem sebagai agenda susulannya atau Ultraman berada dalam kelompok keluarga adiwira Marvel. Ia masih jadi persoalan. 

Tetapi selalunya dari komik munculnya filem aksi demi kepuasan penonton. Telahan peramal industri adalah peringkat awal, Ultraman mungkin akan buat kemunculan yang berlainan sebagai pengenalan sebelum bergabung dengan karakter Marvel yang lain. 

Ultraman, lelaki bertopeng dari angkasa yang dadanya tersemat batu permata yang akan berkelip-kelip sebagai tanda tempoh had masa untuk hidup di dunia bukan saja diminati oleh anak-anak tetapi remaja hingga orang dewasa yang menganggapnya sebagai penyelamat dunia. 

Ultraman akan muncul dengan aksi silang tangan dan pancaran sinaran-x ketika melawan pelbagai bentuk raksasa sehingga Godzila, yang 'memusnahkan' Tokyo. 

Akhirnya Godzila tu kemudiannya diilhamkan oleh penerbit filem Barat untuk melahirkan kisah raksasa itu selain filem King Kong. 


Selepas lebih 50 tahun berkhidmat pada negara matahari terbit itu, tibalah masanya Ultraman menjadi sebahagian keluarga superhero Marvel. 

Malah Ultraman satu ketika dicari-cari orang yang sudah terpengaruh dengan idea dia tu wujud dan menjadi sensasi serta bahan lawak apabila Jepun dimusnahkan oleh gempa bumi dan tsunami. 

Ketua Editor Marvel Entertainment, C. B Cebulski dalam satu temu bual berkata, adiwira Ultraman adalah sebahagian daripada budaya pop klasik yang diperkenalkan pada era 1960-an, masih terus bertapak di hati peminatnya di seluruh dunia. 

Sebagai ikon francais paling popular, Ultraman berjaya melahirkan kumpulan peminat tegarnya sehingga hari ini. Usaha ini bagi menarik ramai lagi peminatnya, di seluruh dunia. 

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan babak baru dalam kehidupan Ultraman Multiverse tahun depan," kata Cebulski. 

Ultraman muncul sebagai pemain industri komik paling berjaya di Asia. Bukan saja ditonton di kaca televisyen dan filem, tetapi juga pada permainan konsul, komik dan koleksi patung dalam beratus jenis saiz dan rekaan. 

Pegawai Eksekutif Tsuburaya Production, Takayuki Tsukagoshi yang paling teruja dengan usaha sama Marvel kerana Marvel sudah 80 tahun mendahului kelas pemain utama siri superhero dalam pelbagai karater dan filem aksi lasak yang merentasi sempadan dunia. 

"Kamilah yang paling gembira kerana akan muncul karya baru untuk menceriakan peminat Ultraman dan adiwira Marvel menerusi francais ni," katanya sambil memberitahu akan berkongsi maklumat tentang cerita dan kumpulan kreatifnya tidak lama lagi. - KitaReporters.com

1
0
0
0
0

Copy Link: