"MASA nikah nanti, mintalah sekurang-kurangnya 3 karat vvs 1 berlian ya!," demikian komen pengarah Michael Ong ketika membalas instagram Ayda Jebat yang mengesahkan dia menerima lamaran pengacara Nabil Mahir. : KitaReporters

Selamat bertunang. - Gambar ID Nabil Ayda Jebat


Ayda yang menyambut hari lahirnya ke-28 pada pertengahan Mac, menunjukkan cincin bersama seketul permata solitaire pemberian Nabil yang dikatakan melutut dan melamarnya masa mereka meraikan ulang tahun penyanyi itu.

Sebelum ini, kedua-dua dikatakan hangat bercinta tetapi menafikan hubungan itu sehinggalah Nabil kemudian memberanikan diri menunjukkan iklan Ayda, sambil mengusik penyanyi dan pelakon itu. 

Ia kemudian diriuhkan pula dengan komen saling membalas dua seleberiti itu dengan peminatnya dengan ucapan tahniah dan sindiran oleh segelintir peminat yang cemburu.

Akhirnya, Ayda turut membuat paparan gambar mereka berdua berpeluk mesra dalam Instagramnya, sambil memberitahu inilah hadiah hari jadinya yang terhebat diterimanya seumur hidup dan membalas `ya` dengan lamaran buah hatinya itu. 

https://www.instagram.com/aydajebat/
Paparan gambar itu mendapat  `suka` (like) daripada hampir 200,000 peminat yang melahirkan pelbagai pujian, rasa teruja, gembira dan tahnian kepadanya. Ayda menulis dengan hastag #Helockmeforever #AydaJebat #NabilMahir #BilaAydaJatuhCinta.

Sebahagian besar artis popular menyambut berita itu dengan gembira malah tidak sabar menunggu mereka bersanding di pelamin.

Rata-ratanya mendoakan dipermudahkan majlis, bahagia sehingga ke Jannah dan tidak kurang juga teruja akhirnya mengusik pasangan itu supaya berwaspada dengan Covid-19 yang tengah merebak di seluruh negara. Ada yang siap  bergurau meminta mereka menjarakkan diri satu meter daripada yang lain.


Bekas abang ipar Neeleofa, Sharnaazahamad antara yang mengucapkan tahniah dalam instagram penyanyi `pencuri hatiku` itu bersama ribuan peminat yang lain. 

Bukan saja ada yang gembira malah ada yang turut mengecam dengan kata-kata  `cukuplah buat dosa, Tuhan sedang menguji kita dengan macam cubaan` dan tak kurang ada peminat mengambil kesempatan mengiklankan produk jualan mereka termasuk alat pemutih kulit, kasut dan kerepek.




Ayda yang mula mencipta nama selepas menyertai Akademi Fantasia ke-9 kemudian dilaporkan menjadi jutawan pertamanya sebagai duta produk Aurawhite selama beberapa tahun sebelum dilamar pengeluar telefon jenama Oppo, Watsons dan Rexona.

Dia kemudian terus menggilap nama sehingga mendapat anugerah melalui drama Rindu Awak 200 Peratus bersama Zul Ariffin. 

Kemudian terjun ke dunia filem dengan filem Gila-Gila Remaja 2 dan Pinjmankan Hatiku.

Bagi penerima anugerah Bintang Meletop Era,  Ayda pernah `berlakon` di Hollywood bagi alih bahasa untuk salah satu watak dalam filem Transformers: Age of Extinction sebagai Teasa Yeaga.

Ayda juga terkenal dengan lagunya Temberang, sangat dipuja di negara tetangga seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. 

Di Indonesia, Ayda berlakon dalam telefilem siaran RTV berjudul From Hater to Lover bersama Dimas Aditya serta muncul dalam video muzik kumpulan De'Meisis, Biar Saja.


Nabil, 32, bekas pengacara HLive juga dikatakan berkongsi berita gembira dalam Istagramnya dengan catatkan ringkas dan `manis` sekali. Dia jawab "Ya". 

Ayda, nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat anak kelahiran Melaka berposing dengan Nabil dalam riak gembira sambil menghalakan jaris manisnya bersarung cincin setuju itu sambil berkata, "Hadiah hari jadi yang terbaik selamanya. Dan saya jawab Ya"

Nabil lulusan Sarjana Muda dalam bidang pengurusan dari Universiti Help adalah pengacara, model dan pelakon. Dia kini mempunyai 140,000 pengikut dalam laman Instagramnya. 

0
0
0
0
0

Copy Link: