AAMIR KHAN BERUBAH? ADA GANGGUAN JIWA KE??
Published byAamir Khan, 55, merupakan salah seorang pelakon Hindi top lelaki dan sentiasa kelihatan kacak selama ini. Dia juga seorang produser filem. Namun kebelakangan ini perawakan Aamir berubah 100 peratus. : KitaReporters.com
Perawakan Aamir berubah dari kacak, kini berjanggut tebal, berambut panjang kusut masai tidak terus, memakai topi denim dan berpakaian compang camping. Kulitnya juga kelihatan hitam seperti biasa.
Soalnya kenapa ia kini sedemikian, ada gangguan jiwakah?
Sebenarnya Aamir Khan berubah 100 peratus bagi membintangi watak utama filem ‘Laal Singh Chaddha’.
Aamir tetap dikerumuni peminatnya termasuk kanak-kanak ketika penggambaran.
Filem ini merupakan ‘Forrest Gump’ versi Bollywood yang dijangka ditayangkan pada Krismas tahun 2020.
Aamir begitu teruja membintangi filem Forest Gump versi Bollywood ini setelah menerima tawaran ketika sambutan ulang tahunnya ke-55 pada Mac 2019.
Bagi Aamir filem itu sungguh mencabar dan menguji mutu lakonannya.
Penggambaran bermula sejak Oktober 2019.
Untuk itu, Aamir kena menurunkan berat badan sebanyak 20 kg, terpaksa melakukan jogging setiap hari untuk sentiasa fit. Dan dia tidak boleh bercukur dan memotong rambut sepanjang penggambaran. Dan dia turut belajar memakai turban.
Menurut Aamir kepada sejumlah media India, dia berharap penggambaran dapat disiapkan secepat mungkin kerana dia sudah mula berasa rimas menyimpan janggut dan rambut panjang serta berpakaian selekeh.
Baginya, ia adalah pengalaman yang sungguh mencabar tetapi menarik dalam kariernya sebagai pelakon.
Filem ‘Forest Gump’ arahan lakonan Tom Hanks, aranan Robert Zemeckis pada 1994 menjadi salah sebuah filem boxoffice (pecah panggung) dunia.
Bahkan ‘Forrest Gump’ berjaya meraih enam Oscar, antaranya untuk Filem Terbaik, Sutradara Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik untuk Tom Hanks.
‘Forest Gump’ merupakan filem adaptasi dari novel Winston Groom 1986 dengan judul yang sama.
Bagi filem versi Bollywood yang diubah suai dengan budaya India, anda terpaksa menunggu tahun hadapan untuk mnyaksikannya.
Ini kerana tayangan perdananya hanya bermula 25 Disember 2020.
‘Laal Singh Chaddha’ diterbit oleh Viacom18 Studios dan Aamir Khan Productions.
Filem ini turut dibintangi pelakon terkenal Kareena Kapoor dan disutradara oleh Advait Chandan.
Filem ini menganding Aamir Khan dan Kareena Kapoor dalam filem buat pertama kali, walaupun kedua-duanya sudah puluhan tahun menjadi bintang filem.
Aamir Khan dengan nama penuhnya Mohammed Amir Hussein Khan mula menjadi pelakon filem sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem boxoffice ‘Aa Gale Lag Jaa’ pada 1973.
Aamir menjadi anak yang tempang dalam filem dengan bintang utamanya Shashi Kapoor, Sharmila Tagore dan Satrugh Shinta.
Dia diperkenalkan ke filem oleh pakciknya, produser Nazir Hussein. - KitaReporters.com