SEKUMPULAN anjing berwarna merah jambu yang dipercayai berlegar-legar di sekitar Jalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang mengundang rasa simpati selain rasa gusar penduduk setempat yang berhampiran. Kes-kes anjing yang diwarnakan cat akibat sakit hati pelakunya sekali lagi tular selepas siri-siri kejadian haiwan dianiaya seperti disimbah asid dan diwarnakan tubuhnya dicatatkan sebelum ini. : KitaReporters

Kredir gambar : FB Persatuan Haiwan Malaysia (https://www.facebook.com/animalmalaysia/)


Menerusi posting yang dimuat naik dalam Facebook (https://www.facebook.com/animalmalaysia/), Persatuan Haiwan Malaysia berkata anjing yang bersalut warna merah jambu itu berlaku akibat sisa serbuk pewarna dari kilang yang berdekatan.

Kesannya amat buruk dan anjing bakal keracunan jika bahan pewarna toksid ini meresap masuk ke dalam tubuh melalui kulit atau ketika mereka menjilat bahagian tubuh tertentu.

"Insiden anjing bergelumang dengan warna sekali lagi berlaku di Jalan TUDM, Kampung Baru Subang Selangor. Kali ini 4 ekor yang terlibat.

"Pemilik industri yang terlibat dengan bahan berwarna adalah dinasihatkan menguruskan sisa buangan atau pewarna dengan efisyen.

"Perbuatan begitu adalah bagi mengelakkan pencemaran dan memberi kesan kepada bukan sahaja kesihatan orang awam; Tetapi keberadaan anjing atau haiwan jalanan lain.

"Animal Malaysia memohon Jabatan Alam Sekitar tampil lakukan siasatan mengenai dakwaan bahan pewarna liar yang mampu mewarnai badan si anjing," ujarnya dalam posting berkenaan.



Sementara itu, warga netizen turut melemparkan rasa kekecewaannya terhadap pelaku yang tidak sudah-sudah menyeksa binatang dengan pelbagai cara yang tidak masuk akal.

Mereka yang masih terpalit lagi dengan rasa simpati kes yang tular baru-baru ini melibatkan seekor tupai yang diseksa ala-ala ketenteraan merasakan sifat belas kasihan manusia telah hilang dan ada yang sakit otak disebabkan amarah yang menggunung.

"Ya Allah. Jgn berlaku zalim pada haiwan. Haiwan minta ehsan makan dan kasihan pada manusia. Bukan dia boleh bekerja atau bina rumah ke??? Takda ehsan la manusia ni.

"Hari ini, anjing yang jadi mangsa,  esok kekejaman anda terhadap manusia pula. Cari pelaku yang kejam ini segera kerana mentalnya tidak stabil.

"The severe action should be taken immediately." antara respons netizen.

Antara komentar dalam FB Persatuan Haiwan Malaysia.


Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan bahawa wabak yang menular ketika ini (COVID-19) tidak merebak dan tersebar melalui haiwan seperti kucing atau anjing.

Sudah pasti ia memberi kelegaan kepada pengemar haiwan belaan itu. - KitaReporters

2
2
8
0
3

Copy Link: