HAHA!! KU SANGKA ULAR RUPANYA ANAK KATAK
Published bySIAPA yang tidak gelabah jika berdepan "tetamu" yang tidak diundang yang boleh membahayakan nyawa. Kehadirannya pula pada malam hari, pasti riuh satu taman kalau tinggal di perumahan. : KitaReporter.com
Pasukan bomba dan penyelamat Semenyih bergegas ke rumah pengadu yang mendakwa dikunjungi 'tetamu' yang tidak diundang di rumahnya, di Taman Impian Semenyih, Semenyih, Selangor baru-baru ini. - Kredit foto Facebook Pok Cik
Itulah yang berlaku kepada seorang penduduk di Taman Semenyih Impian, Selangor baru-baru ini apabila panik sebelum
menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Semenyih selepas menyedari ‘sesuatu’ berada dalam tandas kediaman berkenaan.
Sebaik menerima panggilan pasukan yang diketuai Komander Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Semenyih, Zairul Azmi Ramli berkata, pihaknya terus membuat pemeriksaan di dalam tandas berkenaan.
Namun ular yang ditemui pasukan bomba bukanlah daripada keluarga reptilia tapi rupanya seekor anak katak yang hanya sebesar ibu jari.
“Ketika tiba di lokasi anggota kami telah memeriksa paip di tandas selepas pengadu mendakwa terdapat seekor ular di dalam batang paip berkenaan.
“Namun selepas memeriksaan menyeluruh dibuat dan mendapati seekor anak katak dan bukannya ular seperti yang didakwa sebelum ini,” ujarnya yang dipetik dalam media sosial Facebook.
PASUKAN BOMBA dan Penyelamat berjaya mengeluarkan seekor anak katak dari batang paip di kediaman berkenaan, baru-baru ini.
SEEKOR anak katak yang berjaya dikeluarkan menggunakan alatan khas dari patang paip.
Perkongsian berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook sebelum menjadi tular.
Katanya, anggota yang bertugas kemudian mengeluarkan dan menangkap katak berkenaan dengan menggunakan "peralatan khas" sebelum melepaskannya di kawasan selamat.
Tapi kan, kalau ikut lagu "Bangau oh Bangau"... kena juga berhati-hati keranan: "Memang makanan aku," kata ular.
Walau bagaimanapun, terima kasih abang bomba! - KitaReporter.com