INI MACAM PUNYA KAWAN BAIK KUNCI RUMAH!!
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com
Menulis Dari Jiwa... Renungan.
Bila kita hormat orang. Orang pun hormat kita. Bila kita sayang orang. Orang pun sayang kita
Tapi bila kita penting diri. Orang jadi benci. Lebih lebih lagi bila kaitkan hal peribadi
Inilah isu pilihan minggu ini yang dikongsi oleh Intan. Jom kita baca.
Sebaik manapun kita dengan orang, ingat satu perkara mesti hormat hak peribadi orang. Jangan semua nak ambil tahu, kata Intan.
Ujar Intan tak semua perkara kita perlu tahu kecuali jika mereka yang sukarela berkongsi. Belajar menghormati orang kalau mahu kita dihormati.
Pengalaman Intan sangat menyedarkan. Malah sangat pahit untuk dikenang. Seorang sahabat punya angkara.
Kata Intan mereka telah lama berkawan. Namanya Tina. Dia bebas keluar masuk rumah Intan. Kadang berhari hari tak balik. Buat macam rumah sendiri.
Intan tak kisah.. Sebab ingat kawan.
Tapi bila dah sampai harta kita harta dia... Intan dah tak boleh tahan. Puas tegur, sindir dia masih tak faham. Malah buat pekak.
Kita tak ada rumah pun boleh datang lagi. Buat sesuka hati dia.
Akhirnya Intau terpaksa berterus terang. Bagi kata dua. Tina merajuk dan tuduh Intan halau dia. Lalu hilang sampai hari ini.
Kata Intan dia tetap anggap Tina kawan. Tak pernah lupa.
Tegurannya untuk membaiki kekurangan diri dia. Kalau dia tak boleh terima, Intan tak boleh buat apa apa.
Pun begitu Intan tetap doakan yang terbaik untuk Tina.
Terima kasih Intan kongsi cerita ini. Moga manfaat untuk kita.
Iktibar dari kisah ini
Jangan ambil mudah tentang persahabatan. Pastikan ada batasnya walau baik macam mana sekalipun. Jangan terlalu percayakan orang.
Ada perkara yang perlu kita simpan untuk diri sendiri. Ada yang boleh dikongsi.
Sebaiknya berpada pada dalam berkawan Simpan barang peribadi di tempat selamat. Kunci pintu balik.
Jangan bawa orang masuk ke bilik tidur sebab itu kawasan peribadi kita.
Kita perlu ada sifat hormat orang jika mahu orang hormat kita. Sayangkan orang. Orang akan sayang kita.
Ikhlas dari hati bukan kerana ada kepentingan.
❤️🌹 Berhati hati dalam hubungan jangan sampai dipijak orang. Carilah sahabat yang boleh membawa kita ke syurga. ❤️🌹 - KitaReporters.com