DIVA AA SENTAP LAGI!! JEP BARU AJUK SIKIT JE TU..
Published byAZWAN ALI buat hal lagi. Penuh cacian dan makian dalam ciapan terbarunya dalam Twitter dipercayai ditujukan buat Jep dan Shuib Sepahtu. : KitaReporters
Kredit foto: Twitter
Tinjauan dalam Twitter Azwan atau Diva AA (https://twitter.com/divaaatersohor) mendapati, selebriti kontroversi itu teruja ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas ahli kumpulan terbabit, Mamat Sepah.
Kredit foto: IG Mamat Sepah
Bagaimanapun, ciapan Azwan mengundang perhatian apabila dia mendakwa; "Pelawak sampah yang bersama bermula mencari sesuap nasi dengan Mamat 'ex sepahtu' tak kelihatan langsung di majlis".
Kredit foto: Twitter
Sabar, mungkin mereka tidak dijemput atau menghadapi kekangan masa untuk memenuhi jemputan Mamat.
Tapi, kenapa Azwan marah sangat tu?
Mungkin ada sangkut pautnya dengan episod terbaru Sepahtu Reunion di mana Jep dipercayai mengajuk gaya Azwan bercakap.
Kredit foto: Twitter
Aduhai, berpinar mata membaca ciapan Azwan. Penuh dengan kata makian sahaja. - KitaReporters.com