BETIK!! DR MAZA DALAM TEATER KOMEDI SERAM
Published bySEBELUM ini kita sering melihat wajah aktres tersohor Fauziah Ahmad Daud di hadapan lensa kamera berlakon atau mengacara program. Kali ini pelakon serba boleh itu lebih selesa berada di belakang tabir sebagai penerbit pula. : KitaReporters.com
Menerusi produksi Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, Fauziah atau mesra dengan panggilan Kak Ogy sebagai Pengarah Urusan syarikat tersebut bakal menerbitkan sebuah Teater Komedi Seram bartajuk "Korupsi Dewan Semandung".
Teater arahan Khir Rahman dan skrip oleh Aloy Paradoks & Rayza Mukmin itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya selama tiga hari bermula pada 28, 29 Februari hingga 1 Mac 2020.
Antara barisan artis yang akan menjayakan pementasan tersebut ialah Vicha, Tauke, Azrul, Chemat, Man Raja lawak, Abam, Joey Daud, Tapai, Chiwan, Dr. MAZA (Prof. Dato Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin) dan Khir Rahman.
Turut memperkenalkan pelakon baru iaitu Hanna Halim.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Dr. Maza ada juga terlibat dalam pementasan teater ini?
Mesti Mufti Perlis itu ada sebab tersendiri untuk beliau turut serta dalam pementasan ini.
Teater bergenre komedi seram ini berkisar tentang sebuah dewan yang menjadi tempat berkumpulnya orang kampung untuk menjayakan pelbagai acara di situ.
Bagaimanapun Dewan Semandung menjadi sepi setelah berlaku beberapa kejadian yang menyeramkan dan penduduk tidak lagi berkunjung ke situ.
Namun Tuan Sri Jaya cuba menggubah persepsi penduduk setempat dan mahu menghidupkan semula dewan tersebut supaya kembali aktif.
Berbekalkan dana yang ada, Tuan Sri Jaya mahu cari anak-anak kelahiran kampung Semandung pulang ke kampung dan terlibat sama dalam aktiviti seni.
Berjayakah Tuan Sri Jaya mengumpul semua anak-anak muda kampung Semandung untuk bersamanya menghidupkan semula kemegahan Dewan Semandung??
Benarkah dewan itu berhantu dan menjadi lokasi hantu-hantu lepak atau atau manusia yang berperangai hantu di kampung tersebut??
Untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku di Dewan Semandung, jangan lupa untuk menghadirkan diri di Istana Budaya menonton pementasan "Korupsi Dewan Semandung" ini, yang pasti menghiburkan hati anda. - KitaReporters.com