ADA MASALAH? CONTOHI PEKERJA BANGLADESH NI

Published by
KitaReporters
MEMBACA al-Quran menjadi sebuah ibadah yang akan mendatangkan pahala dan juga keberkatan dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook yang sering bertemu dengan seorang pekerja Bangladesh setiap kali dia ke surau sekitar waktu maghrib hingga isyak untuk membaca al-Quran. : KitaReporters


Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Imran Kasran (https://www.facebook.com/imran.kasran) berkongsikan amalan pekerja Bangladesh itu yang kerap kali membaca al-Quran.


Selalu baca al-Quran

Beliau yang bertugas sebagai seorang doktor menceritakan bahawa bahawa akan ada seorang hamba Allah di surau bilik bedah yang akan membaca al-Quran setiap hari pada waktu maghrib dan juga isyak.

"Namanya Shafiqur, asal dari Bangladesh. Kerjanya mencuci bilik-bilik OT, tukar-tukar baju yang dah terpakai, topup barang-barang dalam OT."

Baca satu juzuk 

Selalunya, dia akan ambil masa beberapa minit pada setiap malam untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. 

Mula-mula aku agak segan nak tegur dia. Aku selalu tertunduk malu. Yelah, kita buka Quran pun jarang-jarang.

Then satu hari aku tanya :

"Shafiqur, u setiap hari baca al-Quran berapa banyak? I tengok u setiap hari ada dalam surau ni antara maghrib & isyak. 

"Saya tada baca banyak pun abang. Saya baca satu juzuk saja. Nanti dalam sebulan saya boleh khatam Quran, abang."

Baca al-Quran boleh hilang masalah

"Macam mana u boleh jaga al-Quran Shafiqur? Saya malu sama u, aku segan.

"Abang, u baca Quran bukan sebab bila u ada masalah sama ini hati (sambil tangannya tunjuk kat dada), tapi sebab u baca al-Quran lah nanti u punya masalah semua hilang abang. 

"Hati u misti banyak tenang nanti, U jaga Allah, nanti Allah jaga u."


Shafiqur, mungkin kau tak dikenali di dunia. Tapi kau terkenal di langit sana oleh para malaikat. 

Doktor, arkitek, engineer, businessman, semuanya hanya di dunia sahaja. Tidak menjaminkan apa-apa untuk kita bawa ke hari akhirat.

Kemungkinan banyaknya masalah yang berlaku pada diri kita, keluarga hatta negara, semuanya dek kerana kita jarang membuka dan mentadabbur kitab suci ini. 

Lantas kita tidak tahu cara-cara untuk mentadbir kehidupan berpandukan ajaran Tuhan. 

Doakan kami juga jadi sepertimu dan semoga Allah memelihara negara kita yang tercinta ini.

Kisah penuh inspirasi itu nyata membuka mata ramai netizen agar sentiasa istiqamah dalam rutin membaca al-Quran. 


Semoga kita semua dapat menambah ibadah kita walaupun sesibuk mana pun kita setiap hari. - KitaReporters

11
1
0
0
0

Copy Link: