BILA KAWAN MURUNG, TAK KAN KITA TENGOK JE??
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat tengah hari. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com
Renungan.
Macam-macam perangai bila ada masalah
Hulurkan bantuan, jangan sampai murung.
Jangan paksa jika mereka enggan
Tiada siapa terkecuali daripada masalah.
Orang kaya cara orang kaya, miskin pun sama.
Masalah boleh menyebabkan kita semua berubah.
Bukan sahaja berubah riak muka, emosi tetapi juga perangai. Kita jadi baran, ganas dan keras hati. Tak dengar cakap orang.
Lebih teruk lagi jika masalah itu menyebabkan kita kemurungan, menjadi pendiam dan hidup terasing daripada orang dan memendam masalah seorang diri.
Sebagai kawan dan saudara, peranan kita membantu mereka kembali bersemangat untuk teruskan hidup.
Pada saat ini, mereka akan berasa lega jika terdapat orang yang sudi mendengar masalah kita. Meminjam bahu untuk bersandar dan melepas kesedihan.
Memang sesetengah orang dapat menghadapi dan menyelesaikan masalah mereka sendiri, namun tidak semua orang dapat berbuat begitu kecuali menguruskan emosi dan perasaan mereka yang sudah terjejas.
Perkara ini adalah biasa kerana manusia dicipta bukanlah makhluk Allah yang kuat.
Adakalanya kita akan merasa kecewa dan putus asa.
Mungkin juga kita diberi kelebihan oleh Allah untuk lebih kuat daripada orang lain supaya kita boleh membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah. Bersyukur dengan anugerah Allah.
Bantu mereka hilangkan kusut.
Kembalikan keceriaan hidup mereka.
Ajari mereka redha dengan ujian Allah.
Jangan biar mereka terus hanyut dalam kesedihan.
Yakinkan yang mereka masih ada ruang untuk terus hidup dan bahagia.
Ingatlah...
Keluarga dan sahabat yang sedang mempunyai masalah itu akan berasa selamat jika kita memberi perhatian lebih kepada mereka. Luangkan msa mendengar apa jua yang mereka cerita.
Tunjukkan muka yang ikhlas supaya mereka faham yang kita sedia menerima dan mendengar masalah mereka.
Lihat ke dalam mata mereka sepanjang berbual kerana ia akan menunjukkan kita berminat dengan apa yang mereka cerita. Bukan hanya simpati.
Cuba korek apa masalah mereka supaya mereka bercerita dengan panjang lebar tanpa rasa segan.
Rendahkan suara dan bercakaplah dengan tenang sambil menggenggam tangan mereka supaya mereka berasa lebih tenang untuk meluahkan apa yang terbuka di hati.
Layan mereka dengan sentuhan lembut sarat kasih sayang supaya mereka berasa selamat.
Pinjamkan semangat kita untuk mereka bangkit dan tersenyum semula.
Jika mereka enggan dibantu, jangan paksa.
Yang penting buat semua kerana Allah Taala.
❤️🌹 Jangan sembunyi duka di sebalik ketawa sedang dalam hati ada memendam rasa. Luahkan agar senyum kembali berbunga. 🌹❤️ - KitaReporters.com